Mee segera merupakan pilihan ramai tak kira waktu. Ramai suka menikmatinya, lebih-lebih lagi mereka yang sibuk berkerja dan pelajar universiti. Untuk membangkitkan lagi selera, apa kata kita cuba 6 langkah mudah untuk upgrade mee segera?
Mudah didapati dan sangat mudah untuk disediakan, mee segera tetap menjadi pilihan ramai untuk disediakan, lagi-lagi pada hari yang sangat sibuk. Bukan saja kerana itu, mee segera juga boleh didapati dalam pelbagai perisa yang sedap dan mengikuti selera masing-masing.
Namun begitu, ianya agak membosankan dan boleh memudaratkan kesihatan. Jom kita cuba 6 cara untuk anda upgrade mee segera untuk lebih sedap dan sihat.
1. Gunakan Air Rebusan Sendiri
Gantikan paket perasa yang penuh dengan garam dan msg dengan air rebusan daging atau sayuran yang disediakan sendiri. Anda juga boleh mengawal kuantiti garam yang digunakan.
2. Tambahkan Sayuran Aromatik
Jika anda menambahkan beberapa aromatik ke dalam mee segera anda, ianya dapat meningkatkan lagi rasa mee segera anda. Disarankan untuk menggunakan bawang putih, halia, dan daun bawang.
3. Gunakan sos
Mempunyai pelbagai botol sos di dalam peti ais? Apa kata tambahkan di dalam air rebusan mee segera tersebut. Tambahkan sos kicap, ikan, tomato, cili, tiram, atau gochujang. Pelbagai pilihan yang anda boleh cuba tapi hati-hati dengan kuantiti sos kerana kandungan garamnya.
4. Letakkan Sayuran
Jika anda ingin menikmati mee segera tapi masih mahukan sedikit khasiat, tambahkan sayur-sayuran kegemaran anda. Seperti yang lain, anda juga boleh memilih jenis sayur untuk ditambahkan dengan mee segera anda. Antara pilihan yang terkenal adalah carrot, lada benggala, cendawan, dan kubis.
5. Tambahkan protein
Tak lengkap dan puas kalau anda tak menikmati mee segera dengan sedikit protein. Banyak pilihan juga untuk ini dan semuanya terserah pada anda. Boleh saja dengan mudah menikmati mee segera anda dengan telur rebus tapi disarankan untuk anda padankan mee segera anda juga dengan ayam, daging, sotong, udang, dan lain-lain.
6. Tambah topping pilihan anda
Ini juga mengikut selera anda. Untuk lebih sedap, anda boleh tambahkan apa saja topping pilihan anda dalam mee segera yang disediakan. Beberapa pilihan termasuklah: bawang goreng, hirisan cili, sedikit minyak bijan, atau hirisan limau nipis.
Kalau anda ingin ke dapur untuk menyediakan mee segera, apa kata cuba 6 cara ini untuk upgrade mee segera anda? Mudah, sihat dan yang pasti lebih menyelerakan dari merebus air dan menggunakan perencah paket.
Sedap untuk dinikmati, sama sedap dengan yang dari restoran. Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan kepada penggemar mee segera!
Kredit: Budget Bytes
Baca Juga: 10 Mee Segera Terbaik Yang Boleh Anda Makan Di Rumah Semasa Musim COVID-19