Bila berkawan, kita perlulah pandai membuat pilihan. Selain dari keluarga, kawan-kawan juga memainkan peranan yang penting dan dapat mempengaruhi tindakan dan karakteristik diri kita. Oleh itu, berkawanlah dengan seseorang yang boleh memupuk sifat yang elok pada diri kita.
Banyak yang boleh kita belajar dengan kawan kita. Bila kita berkawan dengan orang yang baik, hati kita akan tersentuh melihat jasa baik mereka dan kita juga akan tergerak untuk melakukan kebaikkan pada semua makhluk Tuhan. Untungnya mereka yang berkawan dengan insan yang baik hati yang boleh mendidik kita untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik.
Seorang lelaki, ramadanrmli, berasa terharu dengan sikap mulia kawannya. Berkongsi di laman TikTok, lelaki itu berniat untuk mengusik kawannya itu dengan merakam gelagatnya di sebuah kedai mamak.
Kawannya yang sedang membeli seketul ayam goreng tidak menyedari tindakannya. Setelah dibayar, lelaki itu hairan bila melihat kawannya berlalu pergi ke luar kedai itu. Bila diikuti, rupanya ayam goreng yang dibeli itu bukanlah untuk dirinya tapi untuk seekor anjing jalanan yang sudah lama memerhatikan mereka ketika mereka makan.
Terharu dengan tindakan kawannya itu yang sanggup bersedekah dan berbuat baik pada haiwan tersebut, kawannya juga mengajarnya erti kasih sayang sebenar kerana berbuat baik pada semua makhluk Tuhan.
https://www.tiktok.com/@ramadanrmli/video/7060114979919252762?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145
@ramadanrmli tak sangka der @ariffpudeen 🙂 #fyp #fypシ #fypdongggggggg ♬ original sound – Adan
Melihat di ruangan komen, kebaikan kawannya bukan sahaja menjadi pengajaran dan menyentuh hatinya, tapi netizen turut terharu melihat kebaikan yang dilakukan olehnya tanpa mengira makhluk.
Sifat baik hati dan pemurah perlu ada bila seorang sahabat. Jika anda sedang mencari seorang kawan, pastikan mereka seorang yang mempunyai keperibadian yang elok seperti kawan lelaki ini. Dengan haiwan pun tak berkira, apatah lagi dengan sahabat sendiri.
Kredit: TikTok ramadanrmli