Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Usik & Gurauan Abang Kepada Adik Perempuan, Serba Salah Nak Makan Ubat Demam Tapi Nak Pergi Wayang

Usik & Gurauan Abang Kepada Adik Perempuan, Serba Salah Nak Makan Ubat Demam Tapi Nak Pergi Wayang

Kategori:

Tak lengkap hidup seorang abang atau kakak tidak mengusik adik-adik kecil mereka kerana tahu cara mereka memberi reaksi sangat kelakar. Tapi bila ada orang luar pula kacau mereka, kita pula akan marah orang itu kerana kita sahaja berhak.

“Nak pergi wayang, adik tak boleh!”, antara ayat usikan abang kepada adik perempuan ini, apabila beliau tidak ingin makan ubat tapi keluarga mereka hendak ke wayang.

Usik & Gurauan Abang Kepada Adik Perempuan, Serba Salah Nak Makan Ubat Demam Tapi Nak Pergi Wayang

Kisah comel ini dikongsikan oleh Ajimaaaaa di laman media sosial TikTok beliau. Mereka sedang bersiap-siap untuk pergi ke wayang tapi adik perempuan bongsunya pula tiba-tiba demam tapi tak nak makan ubat.

Abang sulongnya sedaya upaya untuk menyuapkan ubat demam menggunakan picagari tapi beliau menolak untuk tidak makan. Maka, mulalah abang yang kedua mengusik beliau.

usikan

Bukan setakat adik beradik yang mengusik, ayahnya sekali cuba memberi ayat usikan kepada anak perempuan bongsunya.

“Ayah, jom Yah kita pergi wayang!”, usik abangnya

“Ayah dah pakai kasut!”, balas Ayahnya untuk tambah usikan kepada beliau.

usikan

Tapi kita dapat saksikan, abang sulong beliau merupakan seorang yang lemah lembut kepada adik perempuan bongsunya dan nampak raut wajahnya risau.

Manakala adik beradik yang lain, masih teruskan dengan usikan manja.

@jimbambamDrama tv al hijrah 🤣♬ original sound – Ajimaaaa – Ajimaaaaa

Tak Sesak Ke Adik Tu Duduk Bawah Ketiak Abang Itu

Menerusi di ruangan komen, ramai netizen yang merupakan anak bongsu turut memberi komen mengatakan bahawa ini adalah dendam kesumat untuk adik beradik yang mengusik mereka semasa kecil.

usikan usikan usikan usikan

Biasalah usikan manja adik beradik ini, itulah yang membuatkan kemeriahan di dalam rumah. Nanti bila dah besar, masing-masing akan fokus kepada keluarga sendiri. Jadi, hargailah selagi masa masih ada.

Kredit: Ajimaaaaa

Baca Juga: “Baby Jangan Gatal”, Lelaki Terima Nota Cinta Dari Isteri Diusik Rakan, Lain Macam Betul Pengantin Baru Bawa Bekal Sarapan..

tags: | |