Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home ยป Berita ยป “Kesian Member..” Sengaja Usik Kawan Tengah Berpantang, 3 Wanita Ini Makan KFC & Subway

“Kesian Member..” Sengaja Usik Kawan Tengah Berpantang, 3 Wanita Ini Makan KFC & Subway

Kategori:
makan KFC usik kawan tengah pantang

Setelah berkahwin pasti akan detik mengandung yang pastinya para ibu akan mengalami pelbagai macam pengalaman dan perkara baru. Dari alahan, mengidam pelbagai jenis makanan dan menjadi seorang wanita yang lebih beremosi.

Sebagai suami kepada ibu mengandung, saat ini adalah saat yang paling banyak para suami perlu bersabar. Kelakuan dan kemahuan mereka kadangkala akan membuatkan kita hilang kesabaran. Namun sebagai seorang suami, kuatkan hati ya.

Selain episod alahan dan mengidam ada juga satu lagi episod berpantang. Episod ini, sebagai seorang ibu yang baru melahirkan pewaris buat suami, mereka perlu lebih kuat fizikal dan mental.

Waktu begini, kalau boleh elakkan segala perkara yang boleh menyebabkan diri sendiri menjadi tertekan. Oleh sebab itu, para suami perlu menjaga isteri dengan baik pada waktu berpantang ini. Emosi para ibu ketika ini sangatlah sensitif dan badannya juga lemah.

Kawan Tengah Pantang, 3 Wanita Ini Pula Makan KFC Dan Subway

Berkenaan dengan episod berpantang ini, wnsyuhada_ sempat berkongsi sebuah video yang memaparkan gelagat nakalnya bersama kawannya yang lain sewaktu melawat salah seorang rakan mereka yang sedang berpantang.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat mereka makan KFC dan Subway sambil menunjukkan kesedapan kepada kawannya yang masih berpantang itu. Syuhada yang pada ketika itu sedang menikmati ayam goreng KFC dan seorang lagi kawannya sedang menikmati air milo.

Sambil makan, mereka juga dilihat sempat menghulurkan kepada kawannya yang masih tinggal lagi 7 hari tempoh pantang.

Kawannya yang pada ketika itu turut duduk di tepi bayi hanya sempat tersenyum sahaja. Mungkin sudah faham dan terbiasa dengan sifat nakal kawan-kawannya itu.

@wnsyuhada_ Taknak menyusahkan kawan yg berpantang hidang makanan ๐Ÿ˜ #prank #bff #fypใ‚ท โ™ฌ original sound – ryanbakery – ๐™๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐˜ฝ๐™–๐™ ๐™š๐™ง๐™ฎ

Kesian lak member..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang berasa sedih dan kasihan melihat kawan Syuhada yang berpantangย  berkenaan kerana hanya mampu melihat sahaja.

Perangai sebijik macam abang-abang kami..

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan perangai sebiji dengan abangnya.

Manakala ada juga yang sempat berkongsi pengalaman yang hampir sama kerana sewaktu dirinya berpantang tanpa bayi, kawan-kawannya datang kononnya untuk menghiburkan namun dalam masa yang sama bawa bersama makanan.

Kadangkala dapat kawan seperti ini seronok juga ya walaupun dalam hati geram teramat sangat. Tapi begitulah, kebiasaannya kawan yang berperangai nakal macam ini mesti baik hati dan selalu ada punya.

Tidak mengapa, memandangkan semua wanita dan pasti semuanya akan merasai saat-saat berpantang. Jadi kalau hari ini ada kawan yang buat macam tu. Satu hari nanti kita buat balik dekat dia.

Sumber: wnsyuhada_

Baca juga: โ€œAyah, Nak Berak..โ€ Tengah Beli Barang Dapur Tiba-Tiba Anak Menjerit Nak Berak Raih Perhatian Ramai

tags: | | |