Hidup berkawan ini tentu akan waktu untuk kita bergurau dan mengusik satu sama lain. Pelbagai reaksi yang diberi, ada yang mudah marah dan merajuk, ada pula yang santai sahaja bila bergurau.
Nak diringkaskan cerita, pergi ke mana-mana pun kita akan suka mengusik kawan-kawan di sebelah. Terutamanya ketika mereka sedang makan.
Perkara itu telah dikongsikan oleh seorang wanita, mizaniath menerusi sebuah video yang telah dimuat naik olehnya di laman TikTok.
Dalam video itu, mereka berdua berada di sebuah restoran bagi menikmati beberapa makanan sebagai makan tengah hari sambil berbual-bual.
Namun ketika sedang makan, wanita itu menyedari satu tabiat yang pelik pada kawannya. Makan mi goreng bersama telur goreng mata, kawannya mengetepikan kuning telur dan tidak menyentuhnya langsung untuk dimakan kemudian dan hanya mengambil telur putih sedikit demi sedikit.
Geram dengan cara kawannya, wanita itu sahaja mengusik dengan mengambil garfu dan ingin mencucuk kuning telur itu.
Tak membiarkannya berbuat begitu, kawannya menghalang cubaan itu dan sambung menghabiskan makanannya.
Menurut wanita itu pula, kawannya seperti lebih menyanyangi kuning telur itu dari dirinya.
@mizani.mh Telur kuning goyang lagi penting ✊🏻🫠
@mizaniathTelur kuning goyang lagi penting ✊🏻🫠
Menjengah di ruangan komen, ramai juga yang memiliki tabiat sama dengan kawan wanita itu. Suka makan kuning telur pada saat akhir, ujar seorang pengguna sesetengah orang boleh mengamuk kalau dia diganggu. “Kalau dah pecah memang bad mood!”, katanya.
Kalau bab makanan kesukaan, memang kita ada cara tersendiri untuk menikmatinya. Kalau tersalah sikit tentu kita akan terus angin. Jadi jangan pandai-pandai mengusik orang makan tau, nanti mengamuk pula si tuan badan itu!
Kredit: mizaniath
Baca Juga: Arus Air Banjir Makin Deras, Peniaga Ini Tetap Rileks Jual Satay Tepi Jalan