Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ustaz Sharhan Kongsi Penawar Berkesan Untuk Hilangkan Batuk Berkahak, Ramai Dah Cuba. Memang Menjadi!

Ustaz Sharhan Kongsi Penawar Berkesan Untuk Hilangkan Batuk Berkahak, Ramai Dah Cuba. Memang Menjadi!

Kategori: ,
penawar

Batuk merupakan gejala yang biasa dan dihadapi oleh semua orang tak kira usia atau jantina. Namun ianya boleh membuatkan kita berasa tidak selesa, lebih-lebih lagi bila batuk itu mengeluarkan kahak.

Batuk berkahak itu bukan lah perkara yang merbahaya tapi ianya sangat tidak selesa jika dibiarkan terlalu lama. Bagi anda yang mengalami masalah batuk, boleh lah amalkan petua penawar batuk berkahak yang dikongsikan Ustaz Sharhan Safie dengan hanya menggunakan bunga cengkih.

penawar

(Ustaz Sharhan Shafie)

Bukan sahaja untuk merawat batuk, petua ini juga dapat membantu menurunkan suhu badan yang panas. Nak tahu? Jom baca perkongisan penuh ini.

Penawar Batuk Berkahak Oleh Ustaz Sharhan Safie

Bahan-Bahan

  • 40 kuntum bunga cengkih
  • 1 mug air suam

penawar

Cara-Cara Penyediaan

  1. Ambilkan 40 kuntum bunga cengkih dan rendamkan bersama air suam.
  2. Kemudian, bacakan surah al-fatihah, ayat kursi, surah Yunus ayat 57.
  3. Rendamkan 30 minit, kemudian minum dua kali sehari pagi dan petang.

penawar

(Sumber: Nurul Aini Hj Nordin)

Minuman ini juga boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit di dalam dada seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung dan lain-lain. Ini kerana bunga cengkih mengandungi pelbagai mineral, termasuk besi, magnesium, fosforus, natrium, kalsium, asid hidroklorik, kalium dan vitamin C, K dan A.

Pernah Cuba Tapi Memang Berkesan!

Menjengah di ruangan komen, ada juga warganet yang mencuba petua itu dan rata-rata berkata ianya sangat berkesan.

penawar

Bagi anda yang mempunyai masalah batuk berkahak boleh lah amalkan petua penawar batuk berkahak ini. Tak salah pun jika kita ikthihar dengan cara ini. Mudah dan jimat, yang penting selamat untuk kita cuba.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Ustaz Sharhan Shafie

Baca Juga: Seminggu Baru Amalkan Cara Rawatan Strok Dikongsikan Oleh Ustaz Hanafiah, Lelaki Ini Rasa Lebih Sihat Dan Bertenaga.

tags: |