Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Rasa Nak Give Up..”, Vendor Luah Rasa Kecewa Dengan Pihak Penganjur Yang Lepas Tangan

“Rasa Nak Give Up..”, Vendor Luah Rasa Kecewa Dengan Pihak Penganjur Yang Lepas Tangan

Kategori:
VENDOR LUAH RASA KECEWA

Sempena Raya yang bakal tiba tak lama lagi, pelbagai karnival dan bazar diadakan bagi memeriahkan lagi suasana. Ia juga memberi peluang pada para peniaga untuk mencari rezeki sampingan bagi menyambut Syawal.

Oleh itu, pihak penganjur bazar atau karnival akan memberi peniaga untuk menyewa tapak bagi melakukan jualan. Hal itu memerlukan peniaga mengeluarkan modal.

Bila meniaga di bazar atau karnival, peniaga harapkan pulangan yang besar memandangkan ia sering menjadi tumpuan orang ramai. Namun begitu, lain pula yang menimpa segelintir peniaga yang telah memilih untuk meniaga di sebuah Bazar Raya baru-baru ini.

Vendor Luah Rasa Kecewa Dengan Pihak Penganjur Yang Lepas Tangan

Memandangkan Raya semakin menghampiri, sebuah Bazar Raya telah diadakan bagi memeriahkan suasana. Oleh itu, pihak penganjur turut memberi peluang pada peniaga untuk meniaga di sana dengan memberi mereka menyewa tapak-tapak yang ada.

Ada yang meniaga pakaian, ada pula yang meniaga makanan dan minuman. Namun begitu, seorang wanita berasa amat kecewa apabila mendapati Bazar Raya tersebut kelihatan sunyi dan tidak dikunjungi ramai. VENDOR LUAH RASA KECEWA

Merupakan salah seorang peniaga di Bazar Raya itu, ia merupakan hari ketiga dia berada di sana untuk menjual tapi lokasi itu masih lagi tidak mendapat sambutan. VENDOR LUAH RASA KECEWA

Menurutnya, pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua vendor bagi mengajak orang ramai ke Bazar Raya tersebut tapi pihak penganjur pula tidak melakukan apa-apa usaha, seperti melepaskan tangan. VENDOR LUAH RASA KECEWA

Tambahan pula, hal itu turut merugikan pelbagai vendor kerana sewa tapak bukanlah murah. Sikap penganjur yang leka sebegitu membuatkan para vendor rasa kecewa.

https://www.tiktok.com/@syamimiazizan/video/7090761057509051674?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7014289098874471937

@syamimiazizan 📍Bazaar Raya, Stadium Shah Alam #fyp #fypシ #foryou #foryoupage ♬ original sound – Syamimi Azizan

Menjengah di ruangan komen pula, ramai juga yang tidak menyalahkan pihak penganjur sepenuhnya. Memandangkan Raya dah nak tiba dalam beberapa hari lagi dan kebanyakkan dari kita telah bertolak ke kampung halaman masing-masing, hal sebegini sudah dijangka.

“Tak Boleh Nak Salahkan..” VENDOR LUAH RASA KECEWA

Namun ada juga yang mencadangkan cara yang lain untuk mengajak orang ramai ke sana. Ada yang tekankan untuk memperbanyakkan marketing, ada juga yang nasihat supaya berbincang dengan pihak penganjur untuk mencari solusi.

Ramai Cadangkan Untuk Cari Solusi VENDOR LUAH RASA KECEWA

Hal sebegini sudah tentunya akan mengecewakan pihak peniaga yang telah mengeluarkan modal untuk meniaga. Seharusnya pihak penganjur juga perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan Bazar atau apa jua karnival yang diadakan menjadi meriah.

Kredit: syamimiazizan

Baca Juga: Beria Pesan 8 Set Makanan Tapi Makan Sendirian, Netizen Syak Uncle Ni Kehilangan Keluarga Secara Mendadak

tags: | | |