Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Masuk Pun Kena Bayar..”, Vendor Luah Rasa Sedih Pihak Penganjur Seakan Lepas Tangan, Seolah Kaut Untung Program Sahaja

“Masuk Pun Kena Bayar..”, Vendor Luah Rasa Sedih Pihak Penganjur Seakan Lepas Tangan, Seolah Kaut Untung Program Sahaja

Kategori:
Kamya Fest

Jenama produk kecantikan dan kesihatan, Kamya memulakan tahun 2023 dengan penuh bertenaga dan bersemangat. Mereka menganjurkan festival Kamya Festival (Kamya Fest) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10-12 Februari lepas.

Mereka ingin menggalakkan lebih ramai generasi baru untuk maju dalam bidang keusahawanan, Kamya Fest menampilkan 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.

“Masuk Pun Kena Bayar..”, Vendor Luah Rasa Sedih Pihak Penganjur Seakan Lepas Tangan, Seolah Kaut Untung Program Sahaja

Kamya Fest

Tetapi, hal lain pula berlaku apabila rata-rata vendor di bawah program itu meluahkan rasa sedih dan kesal kerana penganjur seakan lepas tangan. Ini kerana, program tersebut kurang sambutan oleh kerana pengurusan yang tidak terurus dan vendor di sana mengalami kerugian beribu-ribu kerana tidak balik modal berniaga.

Menurut perkongsian salah seorang vendor, Fitra Zamri meluahkan rasa kecewa melalui hantaran video di TikTok. Dia berkata, sewa tapak RM2000 telah dibayar tetapi hasilnya amat menyedihkan.

“Nak cari duit lebih masuk la event. Tapak 2K full payment. Dengan harapan yang tinggi kami di sini. Pukul 4 pagi buat sampai nak siap sebelum event start pukul 10 pagi.

Tapak Sewa RM2 Ribu Full Payment

Kamya Fest

“Total 11kg tepung untuk hari first di event Kamya Fest. Dari pagi sampai malam tutup, hanya beberapa biji terjual. Dan esoknya tak boleh simpan. Kami jaga kualiti makanan kami. Dan staff lagi kena bayar. Tapi di mana pihak bertanggungjawab?.

“Walaupun sakit tetap gagah juga lepas tu ujian anak-anak tak sihat. Harini terpaksa bawa gi hospital. Tanya staff macam mana niaga harini tetap sama macam semalam. Terdiam, terduduk rasa.

Hanya Beberapa Biji Kuih Terjual..

Kamya Fest

“Geng peniaga lain pergi berbincang dengan organizer tapi macam tak ada solution pun. Ya Allah kesian la dekat kami yang tak ada duit ni. Kenapa korang buat kami macam ni?”, luahnya dalam video berkenaan.

@fitrazamri

sambil edit sambil nangis 😭 terima kasih #kamyafestival #kamyafest2023 #kamyafest terima kasih banyak2.

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

@fitrazamri sambil edit sambil nangis 😭 terima kasih #kamyafestival #kamyafest2023 #kamyafest ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Tanya Solusi Kepada Penganjur, Tapi..

 

@fitrazamri Replying to @johnjohnnyjohnathan ♬ original sound – Fitra Zamri II

Lebih menyedihkan, penganjur mengenakan bayaran masuk kepada pengunjung sebanyak RM10 satu kepala jika ingin masuk ke perkarangan Kamya Fest. Ia menjadi faktor festival itu hambar dan tidak mendapat sambutan.

Bayaran Masuk RM10 Satu Kepala Antara Punca Festival Tiada Pengunjung

@tyrakmrzzmn

Parking kena bayar, masuk kena bayar satu kepala RM10, makanan semua mestilah kena bayar juga. Eh eh eh

♬ original sound – tyra – tyra

@tyrakmrzzmnParking kena bayar, masuk kena bayar satu kepala RM10, makanan semua mestilah kena bayar juga. Eh eh eh♬ original sound – tyra

Yang menjadi mangsa adalah vendor-vendor yang menyewa dan berniaga di sana kerana sudah mengeluarkan modal yang banyak tetapi tidak berbalik modal walau separuh.

Semoga keadilan berpihak kepada mangsa-mangsa yang tertindas dan ada jalan penyelesaian buat semua.

Baca juga: “Jangan Sebab Bayar Mahal, Hilang Rasa Tanggungjawab”, Lelaki Ini Nasihat Orang Ramai Jangan Buat Macam Ni Di Restoran..

tags: | |