Memandangkan sekarang adalah zaman moden dan kita boleh memuat naik pelbagai jenis video ke media sosial. Dan yang paling mudah untuk diakses dan viral adalah melalui aplikasi TikTok. Ramai yang menjadikan TikTok ini sebagai satu platform untuk mereka menghasilkan video yang kreatif serta menghiburkan.
Tidak kira umur, malah kanak-kanak juga turut menghasilkan video menerusi aplikasi TikTok ini. Dan terbaharu viral sebuah video memasak Maggi yang dihasilkan oleh seorang kanak-kanak lelaki. Video tersebut meraih lebih 4 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Walaupun ia adalah sebuah video yang ringkas dan pastinya kebanyakan dari kita sudah tahu cara untuk memasak Maggi ini. Namun video yang dikongsikan oleh adik ini tetap mendapat sambutan ramai.
Mungkin disebabkan penyampaiannya yang kelakar dan dia juga turut mengulang perkataan “kacau-kacau” beberapa kali. Sehinggakan perkataan tersebut membuatkan ramai dalam kalangan warga TikTok terhibur.
Nada suara budak lelaki ini juga turut membuatkan warganet terhibur melihatnya kerana gayanya yang selamba dan sedikit tegas itu. Mungkin anda boleh melihat sendiri video perkongsian dari CEO of Gaul ini di bawah.
https://www.tiktok.com/@fannyft.tiktok_/video/7033639040465358106?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274
@fannyft.tiktok_pinjam sound @CEOKachow ##fyp ##fy
Video yang dikongsikan oleh budak lelaki yang comel ini telah meraih lebih 400 ribu likes. Rata-rata warga TikTok juga turut meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen. Turut terhibur baca komen warganet ini. Ada yang terliur apabila tengok adik ini memasak maggi.
Bukan itu sahaja, ada juga yang menganggap adik ini sedang berkawad disebabkan suaranya yang sebegitu rupa. Disamping itu, turut ada juga yang mendoakan adik ini semoga menjadi chef suatu hari nanti.
Sempoi dan bersahaja kan cara kanak-kanak lelaki ini. Patut pun ditonton oleh ramai orang. Walaupun masih lagi bergelar seorang kanak-kanak namun kepakaran memasaknya tampak luar biasa. Siap boleh pecahkan telur menggunakan sebelah tangan sahaja.
Didoakan semoga adik ini menjadi seorang yang berjaya suatu hari nanti. Lihat video masak Maggi tiba-tiba pula terasa nak makan maggi. Jadi jom lah kita masak sekarang. Dah lapar ni!
Kredit: TikTok CEO of Gaul