Di zaman yang mencabar seperti sekarang, ramai orang yang terkesan. Untuk mencari rezeki yang halal bukanlah mudah namun perlu dilakukan bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyara diri dan keluarga.
Oleh itu, meskipun ramai yang telah kehilangan perkerjaan, ada yang memilih untuk berkhidmat sebagai seorang rider. Bukan sahaja waktu bertugas yang fleksibel, malah pendapatannya sedikit sebanyak dapat membantu mencari rezeki.
Walaupun nampak mudah, perkerjaan itu mempunyai pelbagai dugaan yang tidak dijangka. Bukan sahaja berdepan dengan risiko yang tinggi di jalan raya, para rider turut terpaksa menghadapi kerenah pelanggan yang macam-macam. Sekali sekala mereka boleh jadi mangsa ‘prank order’ yang berleluasa.
Di laman TikTok, seorang pengguna, faizisaa, memuat naik sebuah video pendek yang memaparka gelagat seorang rider yang telah tiba di sebuah stadium.
Dipercayai mangsa ‘prank order’ oleh seorang pelanggan, rider itu kelihatan keliru, seperti tercari-cari pelanggan yang memesan pesanan itu dalam stadium tersebut.
@faizisaa Buah naya kat rider jenuh cari sapa order 😌👍🏻
@faizisaaBuah naya kat rider jenuh cari sapa order 😌👍🏻
Menjengah di ruangan komen, warganet turut berasa bersimpati dengan nasib rider tersebut. Tidak mudah untuk mencari rezeki, tindakan pelanggan tersebut yang telah mengenakan prank order padanya adalah sangat kurang bertanggungjawab.
Kesian pula bila melihat nasib abang rider itu, kan? Harap trend prank order ini dapat dihentikan kerana ia betul-betul menyusahkan banyak pihak. Jangan lah kita menjadi sejenis orang yang suka menyusahkan orang lain jika kita juga mahu kehidupan yang berkat dan senang.
Kredit: TikTok faizisaa