Di zaman yang memerlukan kreativiti dan kaedah unik untuk terus releven dalam apa jua jenis bidang, industri penjualan makanan juga adalah salah satu bidang yang memerlukan buah fikiran menarik.
Bukan hanya menjual makanan, ia harus seiring dengan penghantaran idea yang unik dalam menjual.
Seperti satu idea unik daripada peniaga pizza di negeri Melaka yang terletak di Paya Rumput, Grass Strem Kitchen membawa kelainan unik dalam cara pemotongan pizza di hadapan pelanggan.
Sebuah video oleh dalilarmln yang menunjukkan cara potong pizza guna parang berkenaan tular di TikTok hingga menjadi bualan ramai.
Ada yang teruja dengan keunikan tersebut dan ingin mencubanya.
“Dah pergi, memang sedap. Kalau boleh nak try semua menu. Laksa nyonya haritu habis pula. Pizza, chicken wing, pasta memang sedap. Semua 11/10,” kata seorang netizen Saizu Liza yang menjadi salah seorang pelanggan di sana.
Selain persembahan yang unik, pengalaman makan di sana juga tenang kerana lokasi kampungnya. rasa pizza homemade yang disediakan oleh mereka juga sedap dan enak. Selain itu, menu-menu di sini juga menggabungkan jenis masakan kampung dan barat.
Contohnya, ada pizza daging salai masak lemak cili padi dan juga carbonara lemak cili padi pasta. Memang unik untuk dicuba!
@dalilarmln Bukan sekadar parang, Pizza Parang Melaka 😬😬 #makananviral #makanmakantiktok #makanmakanmelaka #grasstreamkitchenmelaka #grassstreamkitchen #pizzaparangmelaka #melakahawau #familytime #viralvideo #fyp #foryoupage #tiktokmalaysia #fyp #melakafoodie #capcut
Jika korang ingin mencuba kelainan dari segi pengalaman dan rasa, jom berkunjung ke restoran potong pizza guna parang, Grass Stream Kitchen. Kami sertakan lokasinya di bawah.
Lokasi: Grassstreamkitchen ,7851-C Km 14 Jalan Kampung Paya Rumput, 76450 Melaka
Sumber: Dalilarmln