Nasi Lemak yang juga merupakan makanan identiti Malaysia merupakan pilihan ramai pada waktu pagi hingga malam.
Hidangan berkenaan kebiasaannya dijual pada harga yang murah. Hingga kini, masih ada yang menjual nasi lemak bajet dengan harga RM2 sebungkus.
Tetapi lain dengan peniaga ini, dia berani memperkenalkan gandingan lauk lobster yang menjadikan Nasi Lemak harga RM410.
Menerusi video yang dikongsi oleh @juraidamamad2 di laman TikTok, kelihatan wanita yang dikenali sebagai Umi Nasi Lemak itu membungkus nasi lemak buat dua orang pelanggannya.
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah keseluruhan jumlah harga nasi lemak pelanggan yang berasal dari Besut, Terengganu itu mencecah sehingga Nasi Lemak harga RM410.
Difahamkan, harga itu merupakan harga bagi tujuh bungkus nasi lemak serta lauk berasaskan seafood yang dipilih oleh pelanggan berkenaan.
Pelanggan tersebut membeli dua ekor nasi lemak lobster dan dua sotong bersaiz besar, tiga ekor udang, telur ikan, dua ketul ayam goreng dan sambal telur puyuh. Harga bagi dua ekor lobster yang dipesan oleh pelanggan berkenaan bernilai RM180.
Susulan tularnya video tersebut, pelbagai komen oleh netizen berkenaan harga penjualan Nasi Lemak berlaukkan seafood tersebut.
Sumber: juraidamamad2 / SAYS
Baca juga: Kedai Popia Terkenal Melaka Diarah Tutup 14 Hari Kerana Kotor, Ada Najis Tikus