Mohd Azwan Haji Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok merupakan seorang usahawan serta ikon fesyen yang dikagumi ramai. Memiliki perniagaan yang berjaya, beliau kini meluaskan empayarnya dengan menceburi bidang makanan.
Baru-baru ini, Wak Doyok mengejutkan peminatnya dengan berkongsi berita pembukaan restoran Sushiwak yang terletak di Melawati Mall, Kuala Lumpur pada 26 Disember 2021 (Ahad).
(Wak Doyok berkongsi gambar di laman Facebook, mengajak peminat ke restoran sushi miliknya)
Ramai yang tidak menyangka bahawa Wak Doyok akan membuka restoran sendiri. Namun, beliau telah mengejutkan orang ramai dengan pembukaan Sushiwak. Dengan harga sushi bermula dengan RM 1 dan mempunyai pelbagai pilihan menarik, restoran itu mendapat perhatian warganet.
Malah, menerusi perkongsian menu yang telah dimuat naik di laman TikTok akaun restoran itu, Sushiwak bukan sahaja menyajikan pelbagai pilihan sushi, malah terdapat pelbagai hidangan Jepun bagi mereka yang ingin merasai masakan Jepun. Dengan harga yang berpatutan, penggemar masakan negara matahari terbit itu pasti akan menyerbu restoran itu.
https://www.tiktok.com/@sushiwak/video/7046311370131852571?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@sushiwak Reply to @muszy82 ♬ Happier Than Ever – ASTN
Sejak pembukaannya, ramai yang telah mengunjungi restoran itu bagi mencuba hidangan di sana. Tidak kecewa, mereka berpuas hati dengan makanan dan suasana di restoran itu. Malah, ada yang memohon pada ikon fesyen itu untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara.
Tahniah Wak Doyok atas pembukaan restoran pertama miliknya. Semoga perniagaan beliau terus berkembang maju dan mendapat sambutan yang baik dari orang ramai. Bagi anda yang menggemari makanan Jepun dengan harga yang berpatutan, boleh ke Sushiwak sekarang.
Kredit: Instagram wakdoyok, TikTok sushiwak
Baca Juga: “Gapo Ni Ameera? Kotor..” Gelagat Lucu Ameraa Khan Prank Ibunya Buat Ramai Terhibur