Pasti ramai dalam kalangan kita yang gemar memelihara kucing dan menjadikan haiwan ini kawan yang paling rapat. Tempat untuk bermanja, tempat untuk bercerita segala suka duka dan juga rakan bermain.
Terdapat pelbagai jenis kucing, ada kucing kampung, kucing kacuk dan kucing parsi. Malah harga bagi seekor kucing boleh mencecah ribuan dan puluhan ringgit.
Walaupun kucing ini sekadar haiwan yang kita tidak boleh bercakap dan berinteraksi seperti manusia namun kehadirannya dalam kehidupan sesetengah individu adalah cukup bermakna.
Malah jika berlaku apa-apa pada binatang peliharaan ini pastinya akan berlaku kegusaran yang teramat sangat. Betapa sayang dan gemarnya kepada haiwan yang bernama kucing ini.
Namun lain pula yang dilakukan oleh mereka yang langsung tiada rasa simpati terhadap haiwan ini. Kerana ada yang bertindak kejam mengurung kucing. Malah lebih teruk lagi, kucing dikurung tersebut dibiarkan begitu sahaja.
Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama muezzaorkedizaanjabbar menerusi aplikasi TikTok. Di mana ada pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup mengurung kucing dan tidak memberi kucing tersebut makanan.
Tidak tahu apakah masalah sebenarnya, kucing tersebut dikurung di dalam sangkar tanpa makanan dan minuman menyebabkan kucing ini tinggal tulang sahaja. Masih lagi boleh berjalan namun dalam keadaan yang cukup menyedihkan.
Mungkin sudah kehilangan banyak kudrat menyebabkan kucing tersebut berjalan dalam keadaan huyung hayang selepas ia dibebaskan oleh wanita ini. Kejadian yang berlaku di sebuah tempat di Selangor itu menyebabkan wanita ini kelihatan marah dan bengang.
Malah jelas kelihatan menerusi video tersebut keadaan kucing yang berwarna putih itu cukup menyedihkan. Hanya sekadar tinggal tulang dan kulit sahaja.
https://www.tiktok.com/@muezzaorkedizaanjabbar/video/7125542035066457370?_r=1&u_code=dh6lbfdc0609ma®ion=MY&mid=7125541935233780506&preview_pb=0&language=en&_d=e1h5hg0eel3a99&share_item_id=7125542035066457370&source=h5_t×tamp=1659250855&user_id=6931629169186292737&sec_user_id=MS4wLjABAAAAUGL3iF8p65Wtc7-VL31-Y2xsH-gTOLJ-5EcxjxWhNp_FYiGQ4AWIkjDD9vm0fPZL&utm_source=telegram&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&share_iid=7120923939694642971&share_link_id=76792b87-8cf9-453d-86e6-875c14bff587&share_app_id=1180&ugbiz_name=Main
@muezzaorkedizaanjabbar Penjelasan cover 😏!! “Bukan tak kasihan, pergi tanya office? Boleh kasi makan tapi jangan kasi lepas? Dasar babi 🐽!! Kucing tinggal kulit tulang kau kurung lagi? Aku seru semua pencinta kucing report abuser² ni.. Report Animal Abuse Malaysia @Catmalaysia @KucingBSHMalaysia @Catswell Official #kucingdiseksa #kucingdikurung #kucingtiktok #kucing #fyp #catlovers #catmalaysia #catcruelty #viral #catlovers #cat #fyp #catcruelty #catabuse ♬ Original Sound – Unknown
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Bukan sahaja ramai yang berasa kasihan kepada kucing tersebut namun ramai juga yang berasa marah akan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Tidak kurang juga ada yang luluh hati apabila melihat kucing ini berjalan dan ada juga yang meminta agar ada yang mengambil kucing tersebut untuk dipelihara.
Apa perasaan korang apabila melihat kucing dikurung sedemikian rupa. Kalau dikurung dan diberikan makanan dan minuman yang mencukupi tidak mengapa. Tetapi jika bertindak seperti ini, sungguh tiada hati perut. Moga kita semua dijauhkan dari bersikap seperti ini.
Sumber: TikTok muezzaorkedizaanjabbar