Bagi wanita yang bakal bergelar sebagai seorang ibu, kesihatan diri dan bayi perlu sentiasa menjadi satu keutamaan. Selain perlu menjaga pemakanan, para ibu juga sentiasa dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan badan.
Tidak boleh terlalu penat, mereka dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti fizikal yang memudaratkan. Bahkan, para ibu juga tidak boleh berdiri terlalu lama kerana ia boleh memenatkan diri mereka. Namun bila mereka mengidam sesuatu makanan, sudah tentu mereka sanggup berjalan jauh atau berdiri dalam jangka masa yang lama untuk mendapatkannya.
Terbaharu, seorang wanita memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi satu pengalaman yang menyenangkan apabila telah ke sebuah kiosk terkenal dengan pelbagai hidangan masakan Arab seperti kebab, baklava, kunafah dan banyak lagi.
Memandangkan ia kini viral di media sosial dan mungkin mengidam kerana mengandung, wanita tersebut ke sana semata-mata untuk beli kunafah dari situ. Tapi bila tiba, pelanggan yang ada agak ramai jadi ia memaksa wanita itu untuk turut beratur sambil menunggu giliran.
Teruja melihat pekerja di sana sedang menghidangkan makanan pada pelanggan, wanita itu merakam gelagat mereka tapi kemudian disedari oleh salah seorang mereka yang menyambutnya dengan mesra.
Namun wanita itu keliru bila mereka memanggilnya ke hadapan. Menghampiri, rupanya mereka memaklumkan bahawa wanita yang mengandung sepertinya tidak perlu beratur dan boleh sahaja ke hadapan untuk terus membeli. Wanita itu jelas teruja kerana mendapat layanan yang baik sambil dapat membeli kunafah yang diingini.
@dzsyafiqah #ad my baby say thankssssss uncle👶🏻😍❤️ #fyp #dubai #kunafa #mommytobe
@dzsyafiqah #ad my baby say thankssssss uncle👶🏻😍❤️ #fyp #dubai #kunafa #mommytobe ♬ Habibi (Albanian Remix) – Ricky Rich & Dardan
Menjengah di ruangan komen pula, tindakan pekerja di sana membuat orang ramai berasa kagum. Rata-rata memuji pekerja-pekerja di sana kerana mempunyai sifat yang gentleman.
Seronoknya ibu mengandung! Dah lah dapat beli kunafah yang diingini, selepas itu dapat lagi layanan yang baik dari pekerja-pekerja di sana. Sudah tentu gembira. Alangkah bagus kalau semua peniaga juga begini dan mengutamakan wanita mengandung serta mereka yang kurang kemampuan.
Kredit: dzsyafiqah
Baca Juga: “Tu Seaweed La..”, Lelaki Dakwa Ditipu Sebab Beli Popia Inti Hangit, Namun Ramai Tak Percaya