Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Berjaya Turun Berat 24KG & Turut Kongsi Tips, Tapi Ini Pula Yang Dipandang Netizen…

Wanita Berjaya Turun Berat 24KG & Turut Kongsi Tips, Tapi Ini Pula Yang Dipandang Netizen…

Kategori: ,
turun berat 24kg

 

Banyak cara yang boleh dipraktikkan untuk mendapatkan berat badan ideal. Namun, salah satu cara yang paling popular dan terbukti berkesan adalah dengan mengamalkan diet suku-suku separuh (DSSS).

Tak perlu ‘buang’ nasi, jika amalkan diet DSSS anda tetap boleh menurunkan berat badan tapi mestilah kena pada caranya. Ramai yang telah berjaya dan salah seorangnya adalah saudari Nur Rasyiqah yang berjaya menurunkan berat badan daripada 80 kilogram kepada 63 kilogram dalam tempoh 4 bulan sahaja.

Nak tahu bagaimana cara untuk mempraktikkan diet DSSS dengan betul? Jom baca perkongsian beliau di bawah.

Tips Pemakanan Yang Diamalkan & Rutin Harian Syiqah

Sarapan, 8 pagi

  • Telur rebus 2 biji atau 3 biji
  • Telur boleh digantinkan dengan roti gandum penuh dengan mentega kacang tanpa gula atau rolled oat dengan susu rendah lemak

Snacking, 10 pagi

  • Makan buah untuk snek, epal atau jambu batu
  • Kacang (bakar)

Makan tengah hari, 1 atau 2 petang

  • Nasi suku (nasi putih biasa), awal-awal diet memang tak tinggal nasi
  • Lauk separuh (rebus, bakar), boleh ambil ikan atau ayam. Syiqah lebih banyak makan ikan dari ayam
  • Sayur (salad atau timun jepun), janji ada fiker (serat). Tak tumis, sayur sahaja.

Makan malam, 6 petang atau 8 malam

  • Makan malam pula, Syiqah memang tak ambil makanan berat. Makan telur 2 biji untuk alas perut sampai esok. Kalau taknak telur, boleh gantikan juga dengan protein tanpa karbohidrat. Contohnya ikan dan sayur atau ayam dan sayur.

Bila nak berdiet, perlu disertakan dengan senaman untuk elakkan lebihan kulit menggelebeh. Ini aktiviti senaman yang diamalkan oleh saudari Rasyiqah.

Senaman

Rutin harian Syiqah memang wajib bersenam, seminggu 1 hari je Syiqah rehat. Senaman Syiqah selalu rawak je, tapi kalau dekat Youtube tu, Syiqah selalu tengok Chloe Ting.

Tapi mula-mula Syiqah cuma buat:

  • Plank
  • High knees
  • Jumping jack
  • Jumping (macam skipping, tapi takde tali, ni kelakar tapi berpeluh okay. Saya cuma malas pakai tali)

Waktu bersenam

15 – 30 minit minimun

40 minit – 1 jam maksimum

Pantang larang

Rasyidah juga turut berkongsikan, dia kurang menggemari konsep cheat day kerana bimbang tidak dapat mengawal diri untuk menjaga pemakanan pada hari tersebut.

Pantang larang masa diet, jangan letakkan cheat day sebagai alasan hilangkan tekanan. Syiqah ada 2 hari je cheat day. Sebab ada sesetengah orang berdiet, setiap minggu ada cheat day atau sebulan sekali. Kalau nak kesan yang lebih cepat, jangan ada cheat day lebih baik.

Walaubagaimanapun, dia berkata tiada masalah untuk mengamalkan cheat day buat mereka yang mampu mengawal diri agar tidak makan berlebihan.

Baca Juga: Tanpa Ubat, Wanita Ini Berjaya Turun 14Kg! Perbezaan Yang Ketara, Ini Jadual Makanan Diet Yang Diamal Olehnya!

tags: |