Baru-baru ini terdapat pelbagai isu peniaga tidak jujur dan amanah kian dibangkitkan oleh pengguna, terutamanya di kalangan peniaga kedai makan.
Untuk menjalankan sesuatu perniagaan makanan tidak mudah kerana ia memerlukan penelitiaan penuh. Selain itu, kebersihan makanan perlu dijaga untuk memastikan ianya selamat untuk dimakan dan pelanggan berpuas hati.
Meskipun begitu, masih ramai peniaga yang memandang remeh soal kebersihan makanan. Akibatnya, perniagaan mereka akan terjejas dan pelanggan juga akan berasa tidak berpuas hati. Baru-baru ini, seorang pelanggan juga meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan makanan yang dibeli apabila mendapati ayam goreng dibeli tidak dicuci dengan elok.
Assalamualaikum…..
Elokkkm jerrrr berbulu
#tongkeng ayam goreng beli
Cam mana peniaga bole terlepas pandang ni?
Baru-baru ini, Linda Zulkifli tampil untuk berkongsi rasa tidak berpuas hati apabila mendapati tongkeng ayam goreng yang baru sahaja dibeli tidak dicuci dengan elok dan masih terdapat beberapa helai bulu ayam yang tidak dibuang.
Dia turut mempersoalkan bagaimana perkara tersebut boleh terlepas pandang oleh peniaga ketika memasak kepada pelanggan.
Di ruangan komen, terdapat beberapa warganet yang berasa kecewa dengan apa yang telah terjadi pada wanita tersebut. Malah, mereka turut memohon agar peniaga lebih berhati-hati dan ikhlas ketika meniaga.
Namun, ada juga beberapa warganet yang berasa ragu dengan dakwaan wanita tersebut dan berpendapat bahawa dia telah sengaja meletakkan beberapa helaian bulu ayam pada ayam tersebut untuk meraih perhatian.
Benar atau tidak, hanya Tuhan yang tahu. Ambil pengajaran dari apa yang terjadi dan jangan terlalu cepat menuduh orang tanpa usul periksa.
Pada para peniaga juga, berniaga lah dengan jujur dan ikhlas. Peniagaan yang mulia akan gembirakan hati pelanggan. Bila pelanggan gembira, InshaAllah rezeki anda akan sentiasa murah.
Kredit: Linda Zulkifli via MATJHN OFFICIAL