Semakin moden sesuatu zaman, semakin banyak barangan berteknologi yang timbul. Begitu juga dengan barangan tiruan. Bukan setakat barangan tiruan sahaja yang dapat dihasilkan pada zaman ini, malah makanan seperti telur dan beras juga ada yang tiruan.
Ada desas desus mengatakan, makanan tiruan tersebut datang daripada negara China dan ramai yang sudah terbeli makanan tiruan tersebut. Rata-ratanya perasan ia adalah makanan tiruan setelah melihat tekstur dan rasanya yang pelik.
Malah terbaharu, seorang wanita yang dikenali dengan nama ctasa_5 menerusi aplikasi TikTok telah berkongsi sebuah video mendakwa dia termakan cendol tiruan. Cendol tiruan tersebut ditemui dalam ABC yang dimakan.
Menurutnya, cendol tiruan tersebut rasa sedikit berpasir apabila digigit. Bukan sahaja dia yang berasa terkejut apabila menemui makanan tiruan itu, malah pemilik kedai yang menjual ABC berkenaan juga turut terkejut.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat wanita berkenaan mengasingkan cendol daripada ABC yang dimakan ke dalam pinggan lain. Malah dia juga memicit cendol tersebut namun kelihatannya, cendol tersebut tidak hancur seperti cendol buatan biasa.
Walaupun dipicit dengan kuat, cendol tersebut hanya mengeluarkan air sahaja. Malah bentuknya yang seakan sayur taugeh juga pasti membuatkan si pemakan berasa was-was.
Ekoran penemuan cendol tiruan itu, ctasa_5 sempat meninggalkan pesanan kepada orang ramai agar berhati-hati memandangkan cendol tiruan sudah tersebar di Malaysia.
“Hati-hati guys, cendol tiruan sudah tersebar di Malaysia”, tulis wanita tersebut di ruangan caption.
https://www.tiktok.com/@ctasa_5/video/7137268535692184859?_r=1&_t=8VGKJsITE2M&is_from_webapp=v1&item_id=7137268535692184859
@ctasa_5 Hati2 guys, cendol tiruan, sudah tersebar di Malaysia#cendolviral #cendoldawet #cendol#cendolsusu ♬ Oh No – Kreepa
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan.
Bukan sahaja ada yang berasa takut memandangkan zaman sekarang terlampau banyak makanan tiruan namun ada juga yang seolah-olah tidak percaya bahawa cendol tersebut adalah cendol tiruan.
Ada yang menyatakan cendol tersebut beku kerana cendol tersebut diletakkan dalam peti ais. “beku tu dia letak peti ais”, komen Zam Exciter.
MFMD juga turut menyatakan hal yang sama dan turut meminta wanita ini cuba buat cendol sendiri dan meletakkannya dalam peti ais. ” Cuba buat cendol sendiri..lepastu letak peti beku..kemudian defrost saja cendol tu..kompom jd mcm ni..sebenarnya lepas defrost kena masak balik baru jd”.
Manakala Siti Mashitah pula meninggalkan komen menyatakan, cendol tersebut cendol lama dan bukan tiruan. “cendol lama tu…. bukan tiruan tapi lama”.
Namun sejauh mana kebenaran cendol tiruan tersebut masih tidak dapat diketahui lagi. Apakah benar seperti yang didakwa oleh wanita ini atau pun betul apa yang para pengguna aplikasi TikTok katakan bahawa ianya adalah cendol beku.
Jika benar cendol tersebut adalah cendol tiruan, semoga pihak pemilik kedai berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Sumber: TikTok ctasa_5
Baca juga: “Setahu Aku Itu Bukan Bulu Roma..”, Penemuan Bulu Dalam Nasi Kandar Menjadi Persoalan Orang Ramai