Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Ini Dedah 21 Tahun Tak Makan Nasi, Rasa ‘Loya’ Sebab Nampak Macam Ulat!

Wanita Ini Dedah 21 Tahun Tak Makan Nasi, Rasa ‘Loya’ Sebab Nampak Macam Ulat!

Kategori:
tak makan nasi

Umum sudah tahu, nasi adalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Kalau sehari tak makan nasi, umpama tidak lengkap hidup seharian. Buat sesetengah orang, boleh jadi ‘ketar lutut’ kalau sehari tak menjamah nasi.

Tapi jangan terkejut kalau ada orang yang tidak boleh menelan nasi. Bukan kerana mereka tidak mahu, tapi ada perkara yang menyebabkan mereka tidak boleh menelan nasi.

Bunyi macam pelik kan? Tapi itulah realiti yang berlaku kepada seorang wanita bernama Farah Asyikin menerusi satu video dikongsikan olehnya di TikTok. Sewaktu dia kecil dahulu, dia menjadi loya apabila melihat butiran nasi yang nampak seperti ular.

Sejak daripada peristiwa itu, dia tidak lagi mengambil makanan ruji tersebut selama 21 tahun berturut-turut.

Bukan setakat itu sahaja, ibu kepada 2 orang anak ini juga tidak boleh menyentuh nasi sama sekali dan pernah muntah apabila cuba disuap. Namun begitu, makanan-makanan lain yang berasaskan nasi boleh dimakan kerana tidak menyerupai bentuk sebutir nasi.

Lihat video penuh di pautan ini.

Video yang berdurasi 20 saat itu telah meraih lebih 360 ribu jumlah tontonan. Rata-rata netizen turut terkejut dengan pendedahan itu dan ada juga yang berkongsi kisah sama seperti yang dialami gadis itu.

Sumber: ffarahasyikin

Baca Juga: “Rambut Palsu Sape Ni?” Wanita Ini Jumpa Gumpalan Rambut Dijual Di Econsave, Rupanya..

tags: