Tidak dinafikan, sebagai peniaga apa matlamat dan keinginan mereka adalah mendapat keuntungan yang lumayan. Sehinggakan ada peniaga yang sanggup melakukan apa sahaja. Walaupun hakikatnya, perkara tersebut disifatkan sebagai satu penganiayaan kepada pelanggan.
Entah ke mana pergi perasaan dan hati segelintir peniaga yang bersikap sebegini. Pelbagai macam cara ‘halus’ yang digunakan bagi mengaut keuntungan. Lebih-lebih lagi peniaga yang menjual makanan laut seperti sotong dan lain-lain.
Seperti mana yang dikongsikan oleh izzahrahimofficial0411 menerusi akaun TikTok miliknya apabila ada peniaga yang menjual makanan dengan harga dan rupa yang tidak masuk akal. Izzah telah pun membeli sebekas Sotong Celup Tepung dengan harga RM15.
Namun apa yang mengelirukan Izzah apabila dia mendapati Sotong Celup Tepung yang dibelinya banyak tepung dari sotong. Malah kelihatan seperti Kuih Donut. Sempat menyebut Allah, mungkin Izzah terkejut dengan apa yang dilihatnya.
Apabila dikeluarkan sotong berkenaan dari salutan tepung memang agak mengejutkan. Betul-betul banyak tepung dari sotong. Walhal sotong tersebut sangat sedikit. Sanggup peniaga berniaga seperti ini. Tidak tergambar perasaan pelanggan lain yang turut terkena.
Dapat dilihat dengan jelas menerusi video tersebut, hanya terdapat sedikit hirisan sotong apabila wanita ini menariknya. Betul-betul lebih tepung dari sotong.
https://www.tiktok.com/@izzahrahimofficial0411/video/7136247063469149467?_r=1&_t=8VCWjQOaa4P&is_from_webapp=v1&item_id=7136247063469149467
@izzahrahimofficial0411Allah la 🤣 donut ko sutong abe kak wey🤣
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada juga pengguna aplikasi TikTok yang lain turut menyatakan pernah mengalami situasi yang sama. “Saya pun dapat sotong celup tepung gini, senasib lah kita”, tulis Aindeena.
Menurut MiiyaAfia pula, katanya peniaga tersebut menggunakan sotong frozen. Memang sekarang pergi kedai tak mintak dah sotong ni sebab dorang guna yang frozen. Kalau naka makan pergi tempat betul-betul guna sotong segar.
“Dia guna sotong frozen , memng skrng g kdai xmntk dh sotong nie sbb dorg guna yg frozen . klu nk mkn g tmpt btl2 guna stng fresh kita nk bru dia goreng:, – MiyaaAfia
Ada juga yang menulis, yang menyediakan hidangan macam ni biasanya kedai siam atau pun kedai tomyam. ” ni style kedai siam.smua aku g smua mcm ni haha” – pineapplee123.
Manakala Lieyza pula, katanya kalau nak niaga biar ikhlas. Jual macam kita nak makan. ” Allahuakbar nk nego biar ikhlas gak,jual supo kito nk mkn..”- Lieyza.
Terkejut bukan apabila melihat rupa Sotong Celup Tepung yang dibeli oleh Izzah ini. Sama persis seperti Kuih Donut. Kalau ya cara penjualan macam ni, harga bagi makanan tersebut terpaksa dikurangkan. RM15 untuk sebekas dan mempunyai 5 biji pastinya agak mahal.
Sotong yang digunakan teramat sedikit jadi memang tidak wajar jika ada peniaga yang sanggup menjual makanan tersebut dengan harga yang sedemikian rupa. Lebih-lebih lagi apabila mengelirukan pelanggan seperti ini.
Sumber: TikTok izzahrahimofficial0411