Zaman sekarang di mana-mana sahaja ramai yang berniaga. Pelbagai macam barangan yang dijual, dari makanan hinggalah kepada minuman. Kalau memandu tidak mengapa jika tidak membawa bekalan makanan bersama-sama.
Singgah sahaja makan di tepi jalan atau pun membeli makanan di gerai-gerai kecil yang terletak di tepi jalan. Harganya murah dan pastinya sedap. Jimat pula tu. Malah di lampu isyarat pun ramai yang berniaga atau menjaja.
Kasihan sebenarnya apabila melihat kegigihan peniaga yang sanggup menjaja makanan di lampu isyarat. Sanggup membahayakan nyawa demi mencari sesuap nasi. Di saat yang lain sedang bergembira di bawah udara yang sejuk dan nyaman, para penjaja lampu isyarat ini lain pula ceritanya.
Pelbagai makanan dan minuman yang dibawa ke sana ke mari, berpakaian tutup litup supaya silauan matahari tidak terkena kulit. Kegigihan dan usaha mereka ini wajar dipuji. Namun apa yang berlaku kepada seorang wanita yang dikenali dengan nama Achikcosmetic menerusi akaun Tiktok cukup mengecewakan.
Hal tersebut adalah apabila ada segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab menjual buah mangga yang sudah tidak elok. Baru hendak makan namun apabila membuka buah mangga tersebut, wanita ini mendapati ianya berbau masam.
Apabila disentuh buah tersebut melekat ditangan. Buah tersebut sudah lembik dan kelihatan sudah lama memandangkan warnanya juga sudah berubah, sangat berbeza dengan buahan yang segar. Menerusi video tersebut juga dapat dilihat buah tersebut kelihatan pucat.
Kesal dengan apa yang berlaku, Achik sempat titip pesanan kepada penjaja tersebut agar memeriksa kembali buah mangga yang sudah lama, melainkan baru dikupas. Pesanan tersebut disampaikan kerana bimbang peniaga atau penjaja lampu isyarat lain juga terpalit akan kesannya.
Mungkin bagi kita, tidak mengapa jika buahan tersebut dijual dalam keadaan yang tidak elok. Namun sifat pelanggan ini apabila apa yang dia dapat sewaktu kali pertama membeli sudah tidak memuaskan hati, pastinya selepas ini dia tidak membeli lagi.
Bukan sahaja peniaga di satu tempat sahaja malah di tempat lain juga tidak akan dibeli kerana bimbang kejadian yang sama turut berlaku lagi.
https://www.tiktok.com/@achikcosmetics/video/7131684290613546266?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7131684290613546266
@achikcosmeticsberair mulut nok make
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok. Bukan sahaja ramai yang pernah mengalami nasib yang sama namun ada juga yang beras kasihan. Dalam masa yang sama ada juga yang menyarankan agar wanita ini membeli air sahaja.
Tidak kurang juga ada yang sempat meninggalkan komen menyatakan, “sungguh kak chik, ira kalau nak beli ira tengok dulu bahagian bawah warna apa. Kalau hijau comel baru beli”. Ada juga yang menulis, sudah perit dan tidak mahu membeli lagi buah mangga ini.
Seharusnya, sebagai peniaga yang jujur dan bertanggungjawab, pastikan buah mangga atau lain-lain makanan yang korang jual masih dalam keadaan baik. Biar apa yang pelanggan dapat setanding dengan harga yang dibayar.
Sumber: TikTok Achikcosmetic
Baca juga: “Muntah Hijau..” Rasa Menyesal Makan, Sangka Jem Roti Berperisa Coklat Namun Rupa-Rupanya..