Mocha Frappucino adalah antara minuman kegemaran bagi pelanggan Starbucks. Dan semua dah sedia maklum bahawa kini anda boleh dapatkan Frappuccino saiz Grande untuk pembelian kedua dengan harga hanya RM5 pada setiap isnin sepanjang bulan Julai. Tetapi seandainya anda teringin nak minum pada hari lain dan ingin lebih jimat, buat sendiri je dekat rumah. Buat apa membazir duit dan susah-susah beli dekat starbucks. Rasanya hampir sama sahaja. Anda patut cuba!
BAHAN-BAHAN:
- 1/3 gelas starbucks susu segar
- 2 shots espresso
- Hershey’s syrup secukupnya
- 1 sb gula
- 1 cawan ais
- Whipping cream spray
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan semua bahan di atas kecuali whipping cream.
- Kisar sehingga sebati.
- Tuangkan ke dalam gelas starbucks, spraykan whipping cream.
- Akhir sekali curahkan hershey’s syrup.
- Siap untuk diminum.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: cookingwithjess2