Rempeyek merupakan antara kuih tradisional yang sangat terkenal di Malaysia. Sama seperti kerepek, ia juga popular di kalangan masyarakat Jawa. Ada juga yang mengenalinya sebagai ‘Tumpi’.
Selalunya, ia dijual di kedai kecil dan pasaraya dalam bentuk balang. Walaupun harganya sangat berpatutan, anda boleh menyediakannya dengan mudah di rumah sendiri dengan mengikuti resepi yang telah dikongsikan oleh Mitz Suez di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Mudah sahaja untuk menyediakan rempeyek sendiri, kan? Bagi anda yang suka dengan kuih tradisional, ianya perlu dicuba. Semestinya sangat memuaskan. Pastikan anda juga menyimpannya dalam bekas yang kedap udara supaya ianya tidak cepat masuk angin.
Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa untuk kongsikan pada kawan-kawan anda.
Kredit: Mitz Suez via MAHN
Baca Juga: Petua Buat ‘Bakwan’ Rangup Untuk Minum Petang, Goreng Nipis-Nipis Baru Sedap!