Korang pernah ttak bangun pagi-pagi lepastu terfikir nak buat bekal apa untuk suami, isteri, atau anak-anak bagi sarapan mereka ke kerja atau ke sekolah. Nak yang simple, tapi mengenyangkan. Korang dah tak perlu risau sebab untuk perkongsian kali ini, kami akan selesaikan kebuntuan korang.
Perkongsian resepi roti sosej cheese leleh oleh Haha Yahya ini mendapat sambutan di Facebook. Ramai yang merujuk resepinya untuk buat hidangan ini. Jadi, korang kenalah try juga buat roti sosej cheese leleh ni tau.
Wanita Ini Kongsi Cara Buat Roti Sosej Cheese Leleh Untuk Bekal Seisi Rumah, Sedap Sampai Tak Cukup!
Bahan-Bahan:
- cheese burger slices
- sosej
- sos paste spaghetti tradisional jenama Kimball
- roti panjang vanilla kosong
- daun parsley
Cara Penyediaan:
- Potong roti bahagian tengah macam ni. Lepastu tekan ke bawah bagi ada lubang.
- Letak slice cheese dalam lubanng roti tersebut. Nak letak banyak mana pun boleh. Ikut selera korang.
- Letak sos spaghetti di bahagian atass cheese yang diletak tadi.
- Lepas tu, letak sosej yang telah direbus ke atas lapisan yang sama.
- Letak juga sos di atas sose itu. Kalau korang nak letak sos lain macam sos blackpepper pun boleh. Ikut kesesuaian dan rasa suka masing-masing.
- Letak slice cheese dan daun parsley. Tak ada pun tak apa, tapi letaklah kalau nak roti lagi sedap dan cantik.
- Bakar dallam oven, suhu 160 darjah celcius api atas sahaja. Bakar dalam masa 8-5 minit. Ikut garing macam mana yang anda suka.
- Siap!
- Saya bungkus macam ni untuk seisi rumah bawa ke sekolah atau tempat kerja.
Siap sudah roti cheese leleh kita ni. Boleh lah bungkus macam gambar tu untuk sediakan bekal buat diri sendiri, ahli keluarga atau teman. Memang senang dan yang penting sedap.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mencuba dan menikmati ya!
Sumber: Haha Yahya
Baca juga: Resepi Ayam Cili Api Ala Thai, Rasa Masam & Manis Dengan Kuah Pekat Memang Sedap!