Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Caranya Buat Fishcake Homemade, Nak Sedap Perlu Guna Ikan Ini

Wanita Ini Kongsi Caranya Buat Fishcake Homemade, Nak Sedap Perlu Guna Ikan Ini

Kategori: ,

Fishcake atau kek ikan merupakan bahan dapur yang sering digunakan dalam pelbagai resepi. Ianya wajib berada di dalam peti ais dan harganya juga sangat murah di pasaran.

Walaupun begitu, tak semuanya sedap dan berkualiti. Jika anda mempunyai sedikit masa yang terluang, apa salahnya anda cuba menyediakannya sendiri di rumah dengan mengikuti resepi fishcake homemade yang telah dikongsikan oleh Tahrunnisah Jalil di laman Facebook. Ikuti resepinya.

Resepi Fishcake Homemade

Bahan-Bahan

  • 500gm isi ikan Tenggiri segar
  • 3 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit ajinomot
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 cawan air sejuk

Cara Penyediaan

  1. Ambil isi ikan Tenggiri sahaja, jangan diambil kulitnya dan kisar secara halus menggunakan food processor.
  2. Kemudian, masukkan sedikit air sejuk. Kisar lagi dan masukkan garam serta serbuk lada putih, sedikit ajinomoto.
  3. Kisarkan lagi dan letakkan tepung jagung dan kisar lagi.
  4. Sebelum itu, panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi. Loyang itu biarlah boleh masukkan dalam periuk kukusan atau kalau tiada, gunakan sahaja Tupperware yang boleh tahan panas.
  5. Masukkan adunan ikan yang dikisar tadi dalam bekas atau loyang yang telah diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak keluarkannya. Ratakan ia serta padatkannya menggunakan minyak yang telah disapu pada jari anda untuk licinkan permukaan ikan dan kukus sehingga masak selama 15 minit.
  6. Terbalikkan isi ikan yang dah dimasak tadi dan potong sepertimana bentuk fishcake.
  7. Panaskan minyak terendam dan goreng sekejap hingga ia kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
  8. Siap untuk digunakan dalam pelbagai resepi. FISHCAKE HOMEMADEFISHCAKE HOMEMADE FISHCAKE HOMEMADE

Resepi fishcake homemade ini teramat mudah. Sesiapa sahaja boleh cuba, paling penting perlu guna isi ikan Tenggiri untuk rasa yang sangat sedap. Cubalah nanti.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Tahrunnisah Jalil

Baca Juga: Jom Cuba Bebola Ikan Salut Tepung Yang Mudah Ini, Makanan Yang Penuh Nostalgia

tags: |