Buah cempedak juga boleh dibuat cempedak butter cake sebagai juadah petang bersama keluarga tersayang. Memang sedap, gebu dan moist sangat. Jumlah harga untuk bahan-bahan yang diperlukan juga sangat murah.
Bagi yang pertama kali ingin mencuba, jom ikuti perkongsian resepi daripada Arya E-ra yang berkongsi bahan dan cara membuat ‘Cempedak Butter Cake‘ ini.
Resepi Cempedak Butter Cake
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 170gm gula kastor
- 250gm tepung serbaguna
- 250gm pure butter
- 200gm isi cempedak (dikisar)
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh serbuk penaik (diayak bersama tepung)
- Secubit garam
- Isi cempedak boleh dipotong-potong untuk hiasan
Cara pembuatan:
- Butter pada suhu bilik dipukul bersama gula sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji dan dipukul rata. Langkah diulang sehingga sebati.
- Masukkan bancuhan tepung (tepung, garam, serbuk penaik) sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehingga bancuhan rata.
- Masukkan cempedak yang dikisar. Guna konsep kaup dan balikkan supaya rata ke semua bahagian adunan.
- Panaskan oven suhu 190 celcius, api atas bawah.
Nota kecil: Sila observe suhu oven masing-masing. Bergantung pada size oven.
- Masukkan adunan dalam loyang 7×7 atau 8×8. Ketuk sekali untuk buang udara.
Nota kecil: Kalau 8×8 agak rendah sedikit kek nya.
- Hiaskan dengan isi cempedak yang dipotong tadi.
- Bakar selama 45minit-50minit. Boleh cucuk dengan lidi halus ditengah, bila tak melekat maknanya dah masak.
- Sedia untuk dihidangkan.
Cempedak butter cake ini bukan hanya boleh dimakan bersama keluarga, malah boleh juga dikongsikan bersama jiran-jiran. Cake ini gebu dan moist. Memang berbau wangi cempedak satu rumah masa cake sedang dibakar. Jadi sesiapa yang belum pernah cuba lagi resepi yang dikongsikan Arya E-ra ini bolehlah cuba.
Selamat Mencuba!
Kredit: Arya E-ra
Baca juga: Resepi Banana Chocolate Cake Ala Kayangan, Resepi Paling Terbaik Abad Ini. Cubalah Kalau Tak Percaya!