Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Cempedak Butter Cake Yang Gebu & Moist, Memang Puas Hati!

Wanita Ini Kongsi Resepi Cempedak Butter Cake Yang Gebu & Moist, Memang Puas Hati!

Kategori: ,
thumnail cempedak butter cake

Buah cempedak juga boleh dibuat cempedak butter cake sebagai juadah petang bersama keluarga tersayang. Memang sedap, gebu dan moist sangat. Jumlah harga untuk bahan-bahan yang diperlukan juga sangat murah.

Bagi yang pertama kali ingin mencuba, jom ikuti perkongsian resepi daripada Arya E-ra yang berkongsi bahan dan cara membuat ‘Cempedak Butter Cake‘ ini.

Resepi Cempedak Butter Cake

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 170gm gula kastor
  • 250gm tepung serbaguna
  • 250gm pure butter
  • 200gm isi cempedak (dikisar)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh serbuk penaik (diayak bersama tepung)
  • Secubit garam
  • Isi cempedak boleh dipotong-potong untuk hiasan

Cara pembuatan:

  1. Butter pada suhu bilik dipukul bersama gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji dan dipukul rata. Langkah diulang sehingga sebati.
  3. Masukkan bancuhan tepung (tepung, garam, serbuk penaik) sedikit demi sedikit dan kacau lagi sehingga bancuhan rata.
  4. Masukkan cempedak yang dikisar. Guna konsep kaup dan balikkan supaya rata ke semua bahagian adunan.
  5. Panaskan oven suhu 190 celcius, api atas bawah.
    Nota kecil: Sila observe suhu oven masing-masing. Bergantung pada size oven.
  6. Masukkan adunan dalam loyang 7×7 atau 8×8. Ketuk sekali untuk buang udara.
    Nota kecil: Kalau 8×8 agak rendah sedikit kek nya.
  7. Hiaskan dengan isi cempedak yang dipotong tadi.cempedak butter cake 3
  8. Bakar selama 45minit-50minit. Boleh cucuk dengan lidi halus ditengah, bila tak melekat maknanya dah masak.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

cempedak butter cake 1cempedak butter cake 2

Cempedak butter cake ini bukan hanya boleh dimakan bersama keluarga, malah boleh juga dikongsikan bersama jiran-jiran. Cake ini gebu dan moist. Memang berbau wangi cempedak satu rumah masa cake sedang dibakar. Jadi sesiapa yang belum pernah cuba lagi resepi yang dikongsikan Arya E-ra ini bolehlah cuba.

Selamat Mencuba!

Kredit: Arya E-ra

Baca juga: Resepi Banana Chocolate Cake Ala Kayangan, Resepi Paling Terbaik Abad Ini. Cubalah Kalau Tak Percaya!

tags: | | |