Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Tauhu Begedil ‘Meletop’, Resepi Jualannya Sebelum Ini

Wanita Ini Kongsi Resepi Tauhu Begedil ‘Meletop’, Resepi Jualannya Sebelum Ini

Kategori: ,
Resepi Tauhu Begedil Meletop

Seorang wanita berkongsi resepi tauhu begedil meletop, resepi yang digunakan untuk jualannya sebelum ini selepas beliau berhenti berniaga. Jom ikuti resepi tauhu begedil meletop oleh Shafinie Mokhtar yang dikongsikan di di laman Facebook.

Wanita Ini Kongsi Resepi Tauhu Begedil Meletop, Resepi Jualannya Sebelum Ini

Sempena Ramadan yang mulia ni, saya nk share resepi Tauhu Begedil Meletop hasil jualan saya since tahun lepas.. Sekarang saya dah x buat sebab penyakit M.

Utk buat tauhu begedil ni yang paling penting sos dia. Resepi sos ni ilham saya sendiri lepas research resepi kt google. Since saya buat utk jualan, resepi yg saya bagi ni adalah utk seperiuk besar

Bahan Sos Tauhu Begedil:

  • *500g cili kering paling pedas (nak senang beli satu pek cili kering aeon big, kompom pedas)
  • *15 ke 21 biji cili merah yg pedas (ikut tahap kepedasan masing2)
  • *Satu labu bawang putih
  • Setengah botol saus manis abc (botol paling besar)
  • Kicap manis utk bg kaler hitam
  • Garam
  • Gula
  • Bijan disangai terlebih dulu

Cara-cara:

  1. Cili kering dipotong dan direbus.. Blend cili kering bersama2 bahan yg ditanda (*).
  2. Masak bahan blend atau matikan hawa cili tu.
  3. Masuk setengah botol saus manis abc, sedikit kicap manis.
  4. Masukkan garam dan gula (yg ni kena adjust dan rasa sampai kena dgn tekak).
  5. Last sekali bila sos dah pekat masukkan bijan yg disangai.. Sejukkan dan boleh masuk botol. Sos ni boleh tahan 2 hari kat luar dan dalam peti ais sgt lama.

Tips: Tips utk sos ni kena masak lama, selalunya saya amik masa 2 ke 3 jam utk masak sos sahaja, jadi kalau nk buat utk jualan seeloknya buat 2 hari sebelum. Konsep sos ni pulak adalah seperti mencilikan musuh yg bermulut jahat tp musuh itu akan kembali dek kerana ketagihan

Bahan Tauhu Begedil:

  • 5kg kentang
  • Satu layer daging cincang ramly
  • Lada hitam
  • Garam
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Tauhu kering @ tauhu pok

Cara-cara:

  1. Kentang digoreng dan dilenyek. Daging cincang dimasak bersama lada hitam sampai air daging kering. Campurkan kentang lenyek, campuran daging cincang, garam, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata.
  2. Kentang digoreng dan dilenyek. Daging cincang dimasak bersama lada hitam sampai air daging kering. Campurkan kentang lenyek, campuran daging cincang, garam, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata.
  3. Cara menggoreng
    Pukul telur. Masukkan sedikit garam n sedikit tepung kastard (untuk rangup). Celup tauhu ke dlm telur sebelum digoreng. Angkat bila warna tauhu dah keemasan.
  4. Maksimum sekali saya buat tauhu ni adalah 400 biji atau bersamaan 50 pax tauhu begedil atau 8 biji per pax beserta sos..

Sekiranya tuan/puan nak jadikan sebagai mata pencarian, saya izinkan tuan puan guna resepi ni.. Mohon sedekahkan alfatihah buat arwah ibu saya dan doakan kami sekeluarga dimurahkan rezeki. Amin.

Konsep jualan saya pulak adalah apa yg saya makan itulah apa yg org akan dpt. Jangan pernah kedekut bahan.

 

Kredit: Shafinie Mokhtar 

Semoga bermanfaat!

tags: