Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Tofu Telur Quaker Oats Yang Sangat Simple, Mudah Sahaja Untuk Menyediakan

Wanita Ini Kongsi Resepi Tofu Telur Quaker Oats Yang Sangat Simple, Mudah Sahaja Untuk Menyediakan

Kategori: ,
TOFU TELUR QUAKER OATS

Tofu telur boleh digunakan dalam pelbagai jenis resepi. Murah dan mudah didapati, tidak hairan mengapa orang ramai gemar menggunakannya untuk dimasak dengan pelbagai cara.

Bagi penggemar tofu telur, anda perlu cuba resepi tofu telur quaker oats ini. Sangat ringkas dan mudah untuk disediakan, resepinya telah dikongsikan oleh Jamilah Nordin di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resepi Tofu Telur Quaker Oats

Bahan-Bahan

  • 3 tiub tofu telur
  • Tepung jagung atau ubi secukupnya
  • 6 tangkai cili padi
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 tangkai daun kari TOFU TELUR QUAKER OATS
  • Quaker Oats secukupnya (resepi ini menggunakan 8 sudu besar) TOFU TELUR QUAKER OATS
  • Minyak masak
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Cara Penyediaan

  1. Tofu telur perlu dipotong. Saiz terpulang kepada masing-masing.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan celup tofu telur ke dalam tepung jagung dan goreng sehingga keperangan dan angkat. TOFU TELUR QUAKER OATS
  3. Lebihan minyak diangkat dan tinggalkan untuk menumis nanti.
  4. Tumiskan bawang putih yang telah dicincang, cili padi dan daun kari.
  5. Tumis sehingga bawang putih nampak keperangan, jangan sampai hangit.
  6. Masukkan quaker oats secukupnya.
  7. Jangan lupa untuk perasakan dengan garam, perasa dan gula. Goreng hingga oats keperangan dan padamkan api.
  8. Akhir sekali quaker oats yang digoreng tadi boleh dituang ke atas tofu telur yang digoreng tadi.
  9. Siap untuk dinikmati. TOFU TELUR QUAKER OATS

Resepi tofu telur quaker oats ini sememangnya sangat ringkas sahaja, kan? Bahan-Bahannya juga mudah sangat didapati di mana-mana tempat, jadi jika anda ingin mencari kelainan, anda patut mencubanya.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.

Kredit: Jamilah Nordin via MAHN

Baca Juga: Resepi ‘Viral’ Roti Burger Cheese Carbonara Yang Lembut Dan Berkrim, Sedap Sangat Sampai Terangkat Kaki!

tags: