Buat mereka yang pernah ke Penang mesti tahu menu Kuey Teow Theng ini. Menu wajib cuba jika ke Penang! Tetapi disebabkan oleh pandemik yang melanda negara, rakyat tidak dibenarkan untuk merentas negeri.
Oleh sebab itu, apa kata jom cuba buat sendiri Kuey Teow Theng di rumah. Sekurangnya dapat melepaskan rindu buat anda yang mengidam nak makan.
Nak tahu cara-caranya? Jom lihat perkongsian oleh Nur Hafizah Yusoff di bawah. Pastikan bahan-bahan cukup dah boleh buat sendiri je. Selamat mencuba!
Cara Membuat Kuey Teow Theng
Sup:
-
Rebus air kosong dalam periuk.
-
Masukkan ayam bahagian tulang dan juga bahagian dada.
-
Masukkan sengkuang kecil sebiji potong 4/5.
-
Masukkan 4 biji kecil gula batu, garam, lada putih, kuib pati ayam 1.
-
Biarkan semuanya mendidih dan ayam empuk.
-
Keluarkan dada ayam biarkan sejuk, carikkan isinya.
Minyak bawang putih:
-
Cincang bawang putih selabu.
-
Panaskan 4 sudu besar minyak.
-
Masukkan bawang putih cincang kacau2 sehingga bawang garing. Asingkan dalam bekas.
Sambal:
-
Panaskan 3 sudu besar minyak masak.
-
Masukkan sesenduk besar cili kering yg dikisardengan bawang besar.
-
Masukkan 2 sudu besar serbuk cili kering babas dan sedikit air.
-
Biar mendidih masukkan gula dan garam.
-
Masak sehingga pecah minyak dan kering.
Bahan-bahan lain:
-
Fish cake dan bebola ikan bilas dengan Air panas. Hiris halus.
-
Daun bawang dan sup
-
Kotoew dibilas air panas.
Satukan semua bahan dan sedia untuk dimakan.
Kredit: Nur Hafizah Yusoff