Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsikan Resepi Murtabak Cream Crackers, Yang Boleh Dibuat Sebagai Hantaran!

Wanita Ini Kongsikan Resepi Murtabak Cream Crackers, Yang Boleh Dibuat Sebagai Hantaran!

Kategori: ,
thumnail cream crackers

Murtabak cream crackers sesuai dijadikan sebagai juadah makan petang, berbuka puasa, atau untuk di sedekahkan ke masjid. Pada zaman dulu-dulu, ada juga orang yang menjadikan murtabak cream crackers ini sebagai hantaran mereka.

Untuk tahu cara-cara membuat murtabak cream crackers, jom kita ikuti perkongsian resepi daripada Hidayah Syibly yang berkongsi bahan dan cara membuat murtabak cream crackers.

RESEPI MURTABAK CREAM CRACKERS

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus setengah biskut cream cracker yang tak bergula (boleh guna jenama julie’s atau jenama pingpong)
  • 800 gm daging kisar ramli (2 bungkus)
  • 2 labu (saiz besar) bawang besar dipotong dadu.
  • 2 biji cili merah dihiris halus.
  • 2 biji cili hijau dihiris halus.
  • Satu ikat daun sup, daun bawang di hiris halus.
  • 7 biji telur grade A.
  • 1 kotak besar susu segar.
  • 2 sudu kecil garam.
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam.
  • Loyang 4 segi di alaskan dengan aluminium foil dan disapu butter seluruh permukaan.

Bahan-bahan untuk dikisar dan ditumis:

  • 3 biji bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 1 biji bawang besar.
  • 1 sudu makan cili giling (untuk yang suka makan pedas)
  • 3 sudu makan rempah kari daging.

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan kisar, ditumis hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah daging, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya rempah tak hangus dan naik minyaknya.
  4. Masukkan daging kisar dan masak hingga empuk. Masukkan air jika rasa perlu. Kemudian, masakkan hingga kering sedikit airnya.
    Nota kecil: Masak daging kisar sekejap sahaja, sebab nak bakar kemudian nanti.
  5. Masukkan bawang yang dipotong dadu, cili hiris, serbuk lada hitam, garam serta bahan perasa. Gaul rata.
  6. Perlahankan api lalu masukkan daun sup dan daun bawang, gaul rata. Kemudian, matikan api dan biarkan hingga sejuk sedikit.2 cream crackers
  7. Pecahkan 7 biji telur, pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi. Gaul rata.3 cream crackers
  8. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
  9. Masak susu. Jangan sampai mendidih, suam-suam saja dan perlahankan api yang paling kecil.
    Nota kecil: Jaga-jaga jangan sampai meruap, kacau sentiasa (susu boleh ditambah dengan santan atau diganti dengan santan)4 cream crackers

Cara menyusun biskut:

  1. Ambil 9 keping biskut (ikut besar loyang) masukkan dalam susu suam sekejap, jangan terlalu lama (nanti kembang) dan susun dalam loyang hingga penuh.
    Nota kecil: Bahagian sudut dan tepi mesti penuh, patahkan biskut untuk isi bahagian lompong.
  2. Selepas permukaan loyang yang telah penuh disusun biskut, tuangkan adunan daging yang pertama. Ratakan ke seluruhan permukaan biskut.
  3. Kembangkan 9 keping lagi biskut ke dalam susu dan susun dalam loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi. Bila sudah selesai tekankan sedikit agar rata.
  4. Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua. Setelah selesai, tekan-tekan ke seluruh bahagian agar campuran telur naik di permukaan biskut.6 cream crackers
  5. Bakar dalam oven 180’C selama 45 minit, pastikan betul-betul masak, kemudian baru keluarkan dengan mencucuk bahagian tengahnya.
    Nota kecil: Jika lidi tak ada kesan bererti dah masak.8 cream crackers
  6. Keluarkan dari oven dan terbalikkan ke dawai redai. Keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk.9 cream crackers
  7. Kemudian, boleh dipotong dan dihidangkan.10 cream crackers

Tips:

  1. Tunggu sejuk baru di terbalikkan dan dipotong bagi mengelakkan murtabak pecah.
  2. Boleh tambah cheese di setiap lapisan murtabak untuk lagi sedap
  3. Tumis menggunakan sedikit butter dan sedikit minyak. Daging cincang akan keluarkan minyak lagi dari lemak yang cair.

Murtabak cream crackers ini sesuai juga dijadikan juadah makan malam bersama seisi keluarga, sangat mudah dan sedap rasanya. Jadi sesiapa yang belum pernah cuba lagi resepi yang dikongsikan oleh Hidayah Syibly ini bolehlah cuba.

Selamat Mencuba!

Kredit: Hidayah Syibly

Baca juga: Resepi Murtabak Telur Paling Senang, Sedap Sampai Anak-Anak Makan Berebut!

tags: | |