Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Ini Marahi Suaminya Sebab Bertindak Biadab Pada Pelayan, Rupanya Ini Sebab Sebenarnya..

Wanita Ini Marahi Suaminya Sebab Bertindak Biadab Pada Pelayan, Rupanya Ini Sebab Sebenarnya..

Kategori:
MARAHI-SUAMINYA

Sebagai seorang insan, seharusnya kita memiliki adab yang baik dan sopan santun, tak kira di mana jua. Bila berada di luar, tingkah laku juga perlu dijaga, terutamanya bila berurusan dengan orang lain. Tanpa mengira bangsa, umur, status atau pekerjaan, kita perlu melayani semua insan dengan penuh adab.

Bila melihat seseorang bertindak kurang sopan dan tidak beradab, seharusnya kita menegur secara elok. Lebih-lebih lagi jika mereka merupakan seseorang yang sudah dikenali. Namun, setiap tindakan pasti ada sebabnya.

Wanita Ini Marahi Suaminya Sebab Biadab Dengan Pelayan Namun Sebenarnya..

Di laman TikTok, seorang pengguna, eyrasyaziraa, berasa menyesal setelah bertindak terburu-buru dan telah marahi suaminya.

Berlaku di sebuah kedai makan, wanita tersebut bertindak sebegitu apabila suaminya telah memanggil seorang pelayan untuk mengambil pesanan seorang pelanggan yang telah duduk di meja belakang dari mereka. Di matanya, tindakan suaminya adalah biadap, lalu dia memarahinya kerana bertindak biadab dan suka menyuruh pelayan itu.

Namun begitu, niat sebenar suaminya benar-benar mengejutkan. Rupanya suaminya memanggil pelayan tersebut dengan niat untuk membelanjakan makanan untuk pak cik yang duduk di belakang mereka kerana dia hanya mampu memandang orang lain makan. Kasihan, suaminya memesan makan buat pak cik tersebut.

https://www.tiktok.com/@eyrasyaziraa/video/7041543788883365147?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8m%2Bp19%2FHgfk5Bbp%2Fc%2Bp4771RsHiItsEhQ%2BrDO83ebECGWPsH4VZ0Q%2FPEgMz3ZCov7ZgvxZHouyT8w3QSFGgA%3D&checksum=01a32a0c2218197e39e32a503c399f8ce3ce24b1716f33106a821363cde23e6d&language=en&mid=7024126569400519451&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7041543788883365147&share_link_id=6588f411-c59f-43ab-a450-df497874c8f8&source=h5_t&timestamp=1639535081&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937

@eyrasyaziraaSemoga murah rezeki awk encik suami🥺##fyp♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Usul Perika Itu Penting

Menjengah di ruangan komen, warganet berasakan perkara yang terjadi patut dijadikan pengajaran. Sebelum ingin memarahi seseorang, seharusnya kita tahu dahulu cerita sebenar. MARAHI-SUAMINYA

Untung Ada Suami Sebegitu

Malah, ada yang merasakan wanita itu beruntung kerana mempunyai seorang suami yang baik hati dan penyabar. MARAHI-SUAMINYA

Sebelum ingin menegur dan memarahi seseorang, sebaiknya anda ketahui niat mereka kerana bertindak sebegitu. Nak menegur itu bagus sebenarnya tapi jika tersalah, malu pula jadinya. Nasib baik si suami baik dan penyayang.

Walau apapun, tindakan suaminya bagus dan seharusnya dipuji. Jika kita nampak seseorang dalam kesusahan, ayuhlah bersedekah.

Kredit: TikTok eyrasyaziraa

Baca Juga: “Aku Pun Tau Penat..”, Isteri Luah Kecewa Suami Sikit Pun Tak Jamah Bekal, Gigih Masak Tapi Yang Dipilih Maggi

tags: