Ikan keli adalah salah satu spesis ikan yang menjadi kegemaran ramai. Hidangan goreng atau berlada adalah antara hidangan yang paling popular di kalangan orang ramai yang menyukai ikan keli.
Lain pula dengan seorang wanita yang berkongsi pengalaman memasak ikan keli, dia memasak ikan tersebut dengan cara membuatnya sebagai hidangan jeli atau agar-agar.
Oleh kerana hidangan yang dimasaknya lain dari yang lain, video yang dikongsikan di laman TikTok tersebut meraih perhatian ramai dengan pelbagai reaksi oleh netizen.
Di dalam videonya, dia menceritakan bagaimana dia memasak jeli ikan keli dengan menyatakan itu adalah resipi rahsianya.
Selain memasak, dia juga turut berkongsi pengalaman makan jeli ikan keli yang dimasaknya.
Di hujung video, wanita dengan nama dindonnnn di TikToknya memberi kadar ‘rate’ 7/10 untuk keenakan jeli ikan keli.
Dia memakannya dengan berselera dan menikmati hidangan yang dimasaknya.
“Masih enak sih…”, katanya dalam video tersebut.
Video berkenaan tular di media sosial sehingga mendapat 8.9 juta tontonan dan 426.7 ribu tanda suka setakat ini.
@tersakitiiii10 resep rahasia ..
@tersakitiiii10resep rahasia ..♬ Radetsky March Classic Classic(829541)
Melihat komen orang ramai, mereka meninggalkan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.
“Kiranya buat makanan kucing…””, kata seorang netuizen.
“Kak udah kak..”, komen netizen lain dengan nama Risa seolah-olah menyatakan bahawa resipi itu tidak perlu diteruskan lagi.
Lain orang lain selera kan? Min belum cuba jeli ikan keli ni. Tak tahu rasa sebenar macam mana.
Sumber: dindonnnn
Baca juga: Peniaga Tauhu Jalanan Kongsi Kisah Sedih Bantu Rider, Ramai Netizen Puji Sikap Ini..