Biskut Arab paling digemari oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia dari kanak-kanak sehingga warga emas. Hal ini kerana teksturnya yang gebu dan cair apabila dimakan. Malah, cara penyediaannya juga mudah dan tidak perlu menggunakan bahan yang banyak, ia hanya perlu membentukkan bulat sahaja tanpa perlu menggunakan acuan.
Ia menjadi kegemaran ramai yang mana biskut arab akan disaluti dengan campuran gula aising dan susu tepung dan rasa susu itu menambahkan lagi rasa lemak biskut ini.
Terbaru, menerusi perkongsian وادي اروان di Grup Masak Apa Tak Jadi Hari Official menyatakan dia ingin menghasilkan biskut arab seperti yang di jangkakan namun hasilnya tidak begitu memuaskan hatinya.
Bila menjelang pertengahan bulan puasa, kebanyakan di antara kita sudah bersedia untuk menghasilkan kuih dan biskut untuk hari raya nanti. Ramai yang memilih sama ada untuk menghasilkan biskut raya yang mudah atau susah sesuai dengan keinginan dan cita rasa masing-masing.
Wanita ini bercita-cita untuk menghasilkan biskut arab yang sempurna akan tetapi berakhir dengan kekecewaan yang mana biskutnya seakan menjadi ’tilam’ setelah di bakar di dalam oven. Tindakan ini mengundang gelak besar netizen apabila biskut arabnya seolah tidak menjaga ‘penjarakan fizikal’.
Biskut arab disusun dengan rapi dan cantik sekali.
Penghasilannya memang di luar jangkaan yang mana keadaan bentuk biskut itu tidak seperti yang disangkakan. Ramai yang menyangka penghasilan biskut ini adalah kurang dari segi bahan tertentu dan memerlukan ruang yang sebaiknya sebelum di masukkan ke dalam oven.
Menjengah di ruangan komen, kebanyakannya ramai terhibur dengan tindak-tanduk wanita ini.
Bagi anda yang ingin menghasilkan biskut arab, pastikan anda mengikut adunan dan bahan yang betul. Jika tersalah adunan atau bahan anda mungkin berdepan dengan masalah seperti ini. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, anda hendak lah berhati-hati dalam memilih bahan untuk menghasilkan biskut arab.
Sememangnya mudah akan tetapi jika tersalah tentukan bahan atau masa, ia tidak akan menjadi seperti yang kita sangka. Semoga kita lebih berhati-hati selepas ini.
Kredit: وادي اروان Via MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL