Sedih bukan apabila kita disisihkan oleh ahli keluarga sendiri? Disisihkan dan tidak dihiraukan oleh adik beradik yang keluar dari rahim ibu yang sama. Sekuat mana pun kita, apabila berhadapan dengan situasi seperti ini pasti akan terasa sedih dan lemah.
Siapa sahaja kan yang tidak berasa sedih dan kecewa apabila ahli keluarga sendiri pulaukan kita. Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita (dirahsiakan namanya), di mana dia meluahkan rasa sedih apabila melihat story adiknya yang memaparkan ahli keluarganya sedang seronok makan bersama-sama di restoran. Semua ada kecuali dirinya.
Wanita ini turut meluahkan rasa kecewa, katanya lain kali jangan jemput kalau tak ada niat nak ajak. Pada mulanya wanita ini dijemput oleh ibunya. Namun dia menunggu adiknya menghantar lokasi tempat makan namun tidak dihantar. Dirinya sudah bersiap bagai, namun pernantian berakhir dengan kekecewaan.
Di akhir video yang dikongsikan menerusi aplikasi TikTok itu, dia sempat memohon maaf seandainya dia bukan kakak yang baik dan buatkan ibunya berasa bangga.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Malah rata-ratanya meminta wanita ini bersabar. Tidak kurang juga ada yang sempat berkongsi sedang melalui situasi yang hampir sama dengan wanita ini.
Dalam masa yang sama ada juga yang sempat bertanya, macam mana tu bila jemput namun tak diajak. Di jawab oleh warga TikTok yang lain, katanya mereka jemput kata nak buat makan namun tidak diberitahu bila dan di mana.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang hamba di mana ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah. Kita perlu redha dan kuat sahaja. Jika ada masalah selesaikan dengan cara yang baik. Gaduh seteruk mana pun adik beradik, air yang dicincang tidak akan putus. Didoakan semoga wanita ini diberikan kekuatan dan ketabahan.