Ketika anak-anak masih lagi di usia kecil, orang dewasa sudah perlu mendidik mereka untuk membiasakan diri dengan tanggungjawab dan pergaulan. Antara cara paling mudah dan selamat adalah cuba menggalakkan anak-anak untuk mengambil pesanan dari food rider ketika mereka tiba. Dengan cara itu, kita boleh memantau mereka dari jauh sambil mendidik mereka untuk membiasakan diri bila berurusan dengan pihak lain.
Seperti yang cuba dilakukan oleh wanita ini, kayyyrinii, yang cuba mengajar anak saudaranya untuk membiasakan diri untuk mengambil pesanan dari seorang rider GrabFood namun terhibur bila melihat rupa anak kecil itu.
Memuat naik video itu di laman TikTok, wanita itu bangga melihat anak kecilnya yang tidak segan atau takut untuk berurusan dengan seorang rider GrabFood. Setelah membayar pesanan mereka, dia terus menuju ke dalam rumah.
Namun, wanita itu tergelak setelah melihat rupa anak saudaranya. Dengan hidung yang berhingus seperti Cendol, dia pasti rider GrabFood itu juga pasti tergelak melihat anak kecil itu.
https://www.tiktok.com/@kayyyrinii/video/7051793591227763994?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7014289098874471937
@kayyyrinii tang bila keluar cendol dia pun taktahu lah. nasib abg grab gelak je 🥴 #fyp #fypシ ♬ Oh No – Kreepa
Sepertinya, netizen turut terhibur melihat rupa comot adik kecil itu. Malah, tak sangka pula membeli Tealive tapi dapat Cendol ‘percuma’ pula.
Dengan hidung yang berhingus, pasti abang itu sedang menahan gelak bila berurusan dengan anak itu.
Mengajar anak-anak untuk berdikari dan membiasakan diri dengan tanggungjawab dan pergaulan adalah sesuatu yang bagus untuk pembesaran mereka. Namun, pastikan anak anda tidak keluar dengan rupa yang comot dan tidak kemas. Takut nanti tergelak pula orang lain bila melihatnya.
Kredit: TikTok kayyyrinii
Baca Juga: Takut Pola Pemakanan Anak Darjah 2 Dicemari, Ibu Hanya Bekalkan 3 Biji kurma & Kismis Sahaja