Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kesian Anakku Menjadi Mangsa..” Menyedari Kecuaian Suami, Wanita Ini Terkejut Melihat Anaknya Disiram Minuman Chatime

“Kesian Anakku Menjadi Mangsa..” Menyedari Kecuaian Suami, Wanita Ini Terkejut Melihat Anaknya Disiram Minuman Chatime

Kategori:
DISIRAM MINUMAN CHATIME

Anak-anak ini merupakan sebuah tanggungjawab yang besar. Lebih-lebih lagi bila di luar, anak-anak perlu dipantau, dididik untuk berhati-hati dan dipimpin apabila menyeberangi sebuah jalan raya supaya dapat mengelakkan sebarang hal yang tidak diingini.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan anak-anak. Namun, bila mereka terlalu teliti dan menjaga, hal lain pula yang akan berlaku. Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang pengguna, auroraalisha, di laman TikTok.

Wanita Ini Terkejut Melihat Anaknya Disiram Minuman Chatime

Mengunjungi salah sebuah cawangan Chatime, keluarga itu ke sana untuk mendapatkan minuman teh susu yang sangat dikenali ramai. Setelah membelinya, wanita itu merakam gelagat suaminya bersama anak perempuan mereka ketika menyeberangi jalan raya.

Setelah itu, dia mula menyedari hal aneh yang sedang berlaku. Apabila diperhatikan, wanita itu terkejut apabila melihat cara suaminya memegang cawan minumannya telah menyebabkan minuman itu tertumpah di atas lengan anaknya. Disiram minuman Chatime, namun anaknya kelihatan bersahaja dengan hal itu. DISIRAM MINUMAN CHATIME

@auroraalisha18♬ You Are My Sunshine – Jasmine Thompson

Hal Yang Tidak Sengaja

Menjengah di ruangan komen, segelintir warganet berasa terhibur dengan kecuaian suaminya sehingga telah menyebabkan perkara itu. Namun, jelas ianya tidak disengajakan memandangkan si bapa terlalu teliti bagi memastikan jalan raya sudah selamat untuk diseberangi. DISIRAM MINUMAN CHATIME DISIRAM MINUMAN CHATIME

Hal itu bukanlah sesuatu yang disengajakan. Kadang-kadang si ayah itu terlalu leka dan berhati-hati sehingga lupa sedang mempunyai minuman di tangan. Nasib baik ianya bukanlah minuman panas dan tidak mengakibatkan apa-apa kecederaan. Ibu hanya mampu sabar sahaja.

Kredit: TikTok auroraalisha

Baca Juga: “Tak Sanggup Tengok Anak-Anak Makan Sikit..” Tak Mampu Belanja Keluarga Mewah-Mewah, Netizen Ingin Hulurkan Bantuan

tags: |