Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Bukan Tak Bersyukur Tapi Macam Tak Ikhlas..”, Wanita Kecewa Beli Nasi Ayam Penyet Yang Teruk, Rupa Tak Sama Langsung Dengan Harga

“Bukan Tak Bersyukur Tapi Macam Tak Ikhlas..”, Wanita Kecewa Beli Nasi Ayam Penyet Yang Teruk, Rupa Tak Sama Langsung Dengan Harga

Kategori:
KECEWA BELI NASI AYAM PENYET

Nasi Ayam Penyet merupakan hidangan dari negara Indonesia yang semakin dikenali dan menjadi kegemaran ramai orang di Malaysia. Oleh kerana ia ringkas dan mudah sahaja untuk disediakan, tak hairan mengapa ramai peniaga mula menjualnya di kedai mereka.

Namun, tak semua orang tahu cara untuk menyediakannya. Walaupun ringkas, ada beberapa faktor penting yang peniaga perlu menitikberatkan supaya hidangan untuk enak dimakan. Antaranya ialah bahan yang digunakan sentiasa segar dan diperasakan dengan baik sebelum dimasak. Saiz hidangan juga penting supaya pelanggan sentiasa berpuas hati dan berasakan harga yang dibayar adalah memadai dengan apa yang dibeli. Namun ada juga segelintir peniaga yang tidak mementingkan hal itu dan menjualnya semata-mata untuk mendapatkan untung.

Kecewa Beli Nasi Ayam Penyet

Hal seperti itu telah dikongsikan oleh seorang wanita, wawa_lambak, di laman TikTok. Baru sahaja membeli sebungkus nasi ayam penyet oleh seorang peniaga, wanita itu beria untuk menikmatinya apabila pulang di rumah. KECEWA BELI NASI AYAM PENYET

Setelah tiba di rumah, wanita tersebut telah ke dapur untuk makan makanan yang dibeli. Membuka bungkusan nasi ayam penyet itu, dia berasa kecewa apabila melihatnya. Dah lah saiz dua keping ayam yang diberi adalah kecil dan nipis, peniaga dengan selambanya memberi seketul kubis yang tidak dicuci dengan baik dan akan rosak memandangkan hujungnya kelihatan mula layu. KECEWA BELI NASI AYAM PENYET

Hal tersebut membuatkannya berasa kecewa dan merasakan bahawa peniaga kini hanya sekadar untuk mengaut untung dan tidak mementingkan kualiti makanan yang dijual.

@wawa_lambak

memang le, pakai dan ja org niaga skrg..😌😌#asmr #meruklang #viral #klang #funn #lawak #makananviral

♬ –

@wawa_lambak memang le, pakai dan ja org niaga skrg..😌😌#asmr #meruklang #viral #klang #funn #lawak #makananviral ♬ original sound – ælya

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terkejut melihat perkara itu. Memahami kekecewaan wanita itu apabila makanan yang dibeli seperti itu, ada turut berasakan bahawa peniaga perlulah lebih ikhlas ketika meniaga dan makanan yang dijual perlulah dimasak dengan elok.

Jual Seperti Kita Nak Makan.. KECEWA BELI NASI AYAM PENYET KECEWA BELI NASI AYAM PENYET

Sesiapa sahaja akan berasa kecewa jika berada di tempat wanita itu. Bukan ingin merungut tapi apa yang dibeli perlulah memadai dengan harga. Harga barangan dapur tidak menjadi alasan di situasi ini. Ia merupakan tanggungjawab peniaga untuk menyediakan hidangan yang enak dan berkualiti supaya pelanggan sentiasa berpuas hati.

Kredit: TikTok wawa_lambak

Baca Juga: Beli Ayam Seekor Di Pasar Tapi Bila Tengah Cuci, Wanita Ini Baru Perasan Sesuatu Yang Pelik

tags: | |