Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Buruk Sangat Ke Aku Ni?”, Wanita Luah Rasa Kecewa Bila Ditinggalkan Lelaki Di KFC

“Buruk Sangat Ke Aku Ni?”, Wanita Luah Rasa Kecewa Bila Ditinggalkan Lelaki Di KFC

Kategori:
DITINGGALKAN LELAKI

Dengan adanya media sosial, kita boleh berkenalan dengan pelbagai orang di pelbagai lokasi. Mahupun dekat atau jauh, ada juga yang berjaya menemui pasangan hidup dengan berkenalan menerusi laman sosial.

Sebelum itu, sudah tentu mereka perlu bertemu dahulu. Jadi selalunya selepas sebulan dua kenal dan berbual sepangjang hari menerusi telefon, satu pertemuan akan diaturkan.

Namun ada juga segelintir individu yang kurang bernasib baik selepas pertemuan pertama. Ada yang sudah penat merancang tapi pasangan tak datang seperti yang dijanjikan. Ada juga yang ditinggalkan selepas baru sahaja bertemu.

Wanita Luah Rasa Kecewa Bila Ditinggalkan Lelaki Di KFC

Pengalaman malang itu telah dikongsikan oleh seorang wanita apabila pertemuan pertama yang telah dirancang bersama seorang lelaki yang dikenali di media sosial menjadi sesuatu yang tidak akan dilupakan.

Menurutnya, ini merupakan kali pertama mereka akan bertemu setelah sekian lama berkenalan dan akhirnya diberi kesempatan, mereka merancang untuk bertemu di sebuah cawangan KFC. Sambil berbual, mereka juga boleh makan di sana. DITINGGALKAN LELAKI

Tentunya dia berasa sangat gembira apabila lelaki yang dinantikan itu tiba. Setelah berbual seketika dan mengambil pesanan mereka, lelaki itu memaklumkan bahawa dia ingin ke tandas dan meninggalkannya seorang diri di meja makan. DITINGGALKAN LELAKI

Namun setelah sejam menunggu, kelibat lelaki itu masih tidak kelihatan. Menyedari bahawa dirinya telah ditinggalkan lelaki itu, wanita itu bertanya samada rupanya yang kurang menarik menjadi penyebab lelaki itu berbuat begitu.

Hal itu membuatnya berasa kecewa namun dia bersyukur kerana lelaki itu sempat membelanjakan satu hidangan KFC buat dirinya.

@havewiyah

😝😝😝yg pnting kna payung kfc

♬ until i found you – favsoundds

@havewiyah😝😝😝yg pnting kna payung kfc♬ until i found you – favsoundds

Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai berpihak pada wanita itu dan cuba memujuknya dengan kata-kata semangat. Tak cukup dengan itu, ada juga yang meninggalkan komen-komen lucu.

Ramai Cuba Pujuk Wanita Itu DITINGGALKAN LELAKI

Peristiwa ini sememangnya sesuatu yang sangat malang dan menghampakan. Bayangkan setelah sekian lama berkenalan dan berbual di media sosial tapi ini pula jadinya.

Walaupun kita tidak berminat, seharusnya kita tidak meninggalkan pasangan dengan begitu sahaja. Sebaiknya jujur sahaja.

Kredit: havewiyah

Baca Juga: “Jangan Bagi Ada Langsung, Kalau Ada, Tak Nak Repeat Order Dah..” Peniaga Ini Stress, Dapat Pesanan Foodpanda Macam Karangan Novel!

tags: | |