Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Cara Buat Dan Masak Ikan Gelama Bekok Tradisi Keluarga, Juadah Pengikat Selera

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Dan Masak Ikan Gelama Bekok Tradisi Keluarga, Juadah Pengikat Selera

Kategori: ,,
ikan gelama bekok

Bayangkan anda sedang menikmati hidangan ikan masin dengan nasi panas-panas bersama kuah atau sambal kicap yang dihiris bawang atau cili. Pasti memikirkan sahaja sudah kecur air liur kan?

Lagi-lagi, bagi sesiapa yang meminati ikan masin, pasti akan kenal ikan bekok kan? Kebiasaannya, ikan bekok dibuat daripada ikan gelama ataupun ikan cencaru. Ia menampilkan rasa yang begitu istimewa.

Jika anda peminat ikan bekok, selain hanya beli di kedai, anda boleh buat sendiri di rumah dengan bahan dan cara penyediaan yang sangat senang! Jom kita ikuti perkongsian Cikkbieyy Rosli ini. Dia berkongsi resepi turun-temurun yang dimasak oleh emakknya memasak ikan bekok.

“Resepi ikan gelama bekok atau ikan gelama bekok ini adalah cara mak saya buat untuk makan seisi keluarga. Cara tersendiri. Bahan untuk membuatnya sangat-sangat lah mudah.

Wanita Ini Kongsi Cara Buat Dan Masak Ikan Gelama Bekok Tradisi Keluarga, Juadah Pengikat Selera

Bahan-Bahan:

  • 1kg ikan gelama
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh ajinamoto
  • bawang
  • asam limau
  • cili potong

Cara Penyediaan:

  1. Ikan gelama dibuang perutnya dan basuh bersih-bersih.
  2. Belah ikan gelama dari atas macam nak belah ikan jaket sumbat tu. Cuma ikan gelama ni belah penuh.
  3. Masukkan ajinamoto. Taknak letak pun tak apa. Macam saya ni jenis kena letak. Tak letak rasa tak lengkap. Terpulang pada anda.
  4. Masukkan garam, kalau suka masin, boleh masinkan lagi. Saya ni kurang masin. Rasa ngam-ngam bila perah asam limau nanti.
  5. Gaul sebati semua biar kena seluruh ikan. Kemudian, biar kena seluruh ikan. Kemudian biarkan 7 hingga 8 jam. Macam saya perap 12 jam nak lagi bau dia tu. Makin bekok makin sedap.
  6. Lepas perap semua, ada bau aura menusuk tu baru boleh jemur bawah panas terik.
  7. Guna jaring beli dekat Eco je. Pastikan kalau jemur tu ketika panas terik. Kalau jemur tengahari, pukul 3-4 dah boleh angkat dah. Jemur dalam 6-7 jam.
  8. Letak dalam plastik, boleh simpan dalam freezer. Tahan berbulan-bulan.
  9. Masa nak masak ikan bekok, boleh goreng bawang sekali dan perahkan asam limau serta letak cili potong ke atasnya.

Sudah siap ikan gelama bekok kita. Bolehlah makan dengan nasi panas-panas. Dengan kemanisan bawang, rasa masam perahan asam limau dan juga kepedasan cili potong, mesti tumpu lauk tu je, tak pandang lauk lain dah!

ikan gelama bekok ikan gelama bekok ikan gelama bekok ikan gelama bekok ikan gelama bekok ikan gelama bekok ikan gelama bekok ikan gelama bekok

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Cikkbieyy Rosli

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Solok Lada Versi Kelantan Ori, Makan Dengan Nasi Dan Ikan Goreng Pun Sedap!

tags: | |