Solok lada ataupun dikenali sebagai lada sumbat merupakan sejenis makanan tradisional Melayu. Masakan ini popular di negeri Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan hidangan istimewa di sana.
Solok lada mempunya pelbagai cara penyediaan. Tetapi ramai yang kata solok lada versi Kelantan yang paling sedap kerana cukup rasa dari pekat santannya dan pedas cilinya. Jadi, mari kita rujuk perkongsian seorang wanita Kelantan bernama Wan Nor Susy Susanthy macam mana cara betul membuat solok lada daripada negeri Che Siti Wan Kembang ini.
Wanita Ini Kongsi Resepi Solok Lada Versi Kelantan Ori, Makan Dengan Nasi Dan Ikan Goreng Pun Sedap!
Bahan-Bahan:
- 1/2 kg ikan selayang / sardin – direbus dan ambil isinya.
- 14 biji cili solok atau cilii hijau – buang biji
- 1 biji kelapa muda – diparut (separuh kelapa parut disangai hingga agak kekuningan (dijadikan kelapa goreng).
- santan secukupnya – anggaran 1/2 – 1 cawan
- 7 biji bawang merah – tumbuk halus
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai – ditumbuk halus
- 1/2 sudu teh lada hitam
- sedikit jus asam jawa
- 10-12 tanggkai kacang panjang / pucuk ubi kayu
- garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Bersihkan cili hijau, belah panjang bagi membentuk poket dan buang bijinya. Ketepikan.
- Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih, serai, halia, garam dan gula hingga hangus.
- Tambahkan isi ikan rebus yang telah dibuang tulang dan kulit. Tumbuk lumat. Masukkan ke dalam bekas besar.
- Seterusnya, masukkan kelapa parut dan goreng ke dalam lesung. Tumbuk lagi hingga lumat. Tuang ke dalam bekas berisi ikan tadi.
- Gaul rata semua bahan dan kelapa tadi hingga rata.
- Ambil bahan tumbuk dan isikan ke dalam cili hingga mampat. Lakukan hingga habis.
- Ambil periuk bersesuaian, susup lapik kacang panjang atau pucuk ubi di dasarnya sebagai alas. Fungsinya supaya manis air kacang / pucuk ubi serap pada solok lada.
- Tuang santan, tutup periuk dan rebus solok lada. Guna api sederhana hingga cili masak dan lembut.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Siap sudah solok lada versi Kelantan kita. Hidangan solok lada ni kalau makan dengan nasi putih dan juga lauk ayam goreng atau ikan goreng pun dah sedap sampai boleh bertambah nasi banyak kali. Silakan cuba.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba lalu menikmati!
Sumber: Wan Nor Susy Susanthy
Baca juga: Kisah Kucing Zubaidah Angkut Makanan Bagi Anak Makan, Tapi Tak Sangka Pengakhiran Macam Ni..