Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Luah Rasa Sedih, Kedai Makan Abahnya Disihir Kenalan Sendiri Dan Minta Orang Ramai Support

Wanita Luah Rasa Sedih, Kedai Makan Abahnya Disihir Kenalan Sendiri Dan Minta Orang Ramai Support

Kategori:
kedai disihir oleh kenalan dekat

Sihir, santau, saka dan pelbagai lagi amalan atau perbuatan lain bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan masyarakat Melayu. Malah sihir dan santau ini sering digunakan oleh orang yang tidak takut akan balasannya. Kadangkala ia menyebabkan kematian dan kerugian kepada orang yang terkena tersebut.

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita, Alia Rizki menerusi sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan kedai abahnya disihir oleh kenalan yang tak senang melihat kedai makan abahnya itu maju.

Selepas ditutup agak lama dan pergi berubat sana sini, kini abahnya membuka kembali kedai berkenaan. Namun cukup menyedihkan kerana masih juga tidak didatangi pelanggan. Ramai orang sangka dan lihat kedai tersebut tutup.

Tambah menyedihkan lagi adalah apabila abahnya menyediakan lauk pauk yang sedap-sedap. Setiap hari abahnya itu akan memasak lauk pauk baru dan mengharapkan agar pelanggan perasan dan tahu bahawa kedainya sudah dibuka.

Berikutan itu, Alia meminta tolong warga TikTok kenalkan kedai abahnya kepada warga Pasir Masa, Kelantan. Berikut adalah video yang dikongsikan olehnya.

Kedai disihir kenalan sendiri ..

https://www.tiktok.com/@nraliia/video/7007301861212572954?is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&lang=en&sender_device=pc&sender_web_id=6895950004839122434

@nraliiakepada manusia yang sihir kedai hidup bertuhankan iblis saya harap sangat awk sempat bertaubat sebelum sakaratul maut menjemput awak 🤲 ##fyp♬ original sound – Alia Rizki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan dan juga turut menasihati serta memberi pandangan agar mengubah suai sedikit halaman kedai. Malah dalam masa yang sama ada juga yang mengatakan selalu kelihatan kedai tersebut selalu tutup.

Tutup sokmo..

Tambah lagi warganet lain, katanya salah satu sebab bangsa Melayu lambat maju adalah disebabkan penyakit hasad dengki dan tidak boleh melihat orang lain senang.

Penyakit hasad dengki..

Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat mendoakan agar abah wanita ini dikurniakan rezeki yang tak henti.

Jadi bagi anda atau kenalan anda yang tinggal berdekatan Pasir Mas Kelantan, boleh lah ke kedai makan abah Alia ini. Semoga mereka sekeluarga dan kita semua dimurahkan rezeki sentiasa.

Kredit: TikTok Alia Rizki

Baca juga: Buat Permainan ‘Lucu’ Hisap Botol Susu, Pasangan Paling Manja Ini Pula Raih Perhatian

tags: | |