Ayam adalah antara haiwan yang dijadikan sebagai makanan dan antara lauk paling tersedap untuk dimakan oleh kita. Organ-organ ayam juga menjadi pilihan orang ramai apabila digoreng atau direbus untuk dijadikan sebagai hidangan.
Tapi ada pelik pula peristiwa wanita ini apabila makan hati ayam mentah dengan tenang dan menunjukkan reaksi muka sangat sedap.
Video ini dikongsikan oleh tuan empunya badan sendiri iaitu mummybiey dan buat netizen pening kepala fikir bagaimana beliau dapat telan begitu sahaja.
Reaksi yang ditunjukkan oleh beliau menunjukkan reaksi yang sangat sedap walaupun hati ayam tersebut masih mengandungi darah ayam.
Apa yang merisaukan para netizen adalah risau jika makan mentah begitu sahaja ada cacing parasit dan membuatkan beliau sakit perut. Tapi, bila dilihat video ini nampak seperti beliau sudah biasa makan hati ayam mentah ini.
Sangat ‘rare’ kejadian ini terjadi kerana tak semua orang mampu makan atau telan macam itu sahaja makanan mentah. Tapi, boleh juga jadi contoh untuk penggemar sushi. Mereka juga makan ikan secara mentah sahaja dan menikmatinya.
@mummybiey Fav giler 🤤. ada geng tak ? #fyp
@mummybiey Fav giler 🤤. ada geng tak ? #fyp ♬ Dj Dayak Full Beat Lagu Malihi Janji – Jeremya Ginting
Menerusi di ruangan komen, kita dah dapat hidu bagaimana komen netizen terhadap video wanita ini. Kebanyakkan di kalangan mereka berasa geli tekak dan tak sanggup untuk teruskan video ini kerana mereka terbayang jika mereka sendiri yang makan.
Diharap untuk semua penggemar makanan mentah untuk sentiasa makan ‘ubat cacing’ kerana risau cacing akan ada di dalam perut kita.
Kredit: mummybiey