Petai adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap.
Pokok yang tumbuh meliar di dalam hutan Malaysia, Indonesia, Brunei dan Thailand ini sememangnya menjadi kegemaran sesetengah rakyat di sini.
Makan mentah atau dimasak dengan sambal? Sememangnya petai menjadi pilihan ramai.
Namun, lain pula yang dilakukan oleh seorang wanita Mat Salleh ini apabila dia menggabungkan petai dan roti dan menjadikan ia hidangan sandwich.
Menerusi video yang tular di laman TikTok tersebut, wanita berkenaan telah mencuba resipi yang baru dibuatnya bersama petai.
Difahamkan, dia mencuba menu baru itu dengan membuat sandwich petai bersama buah avocado. Selepas mencubanya dia mendapati resipi itu sedap dan serasi dimakan.
Menurutnya, dia sememangnya tidak kisah dengan apa yang orang bakal katakan namun baginya kombinasi itu sangat lazat dengan penyatuan dua rasa.
“Hari ini kita akan sediakan resipi sandwich yang menggunakan petai namun diinovasikan dengan resipi dari Australia,” katanya.
Melihat kepada ruangan komen, terdapat pelbagai pendapat yang menyatakan tentang padanan dua makanan berkenaan.
“Petai sandwich? Sakit jantung dalam kemelayuan.”
Haaaa lepas tengok ni, pembaca Daily Makan nak try tak sandwich petai ni? Mana tahu sedap dan kena dengan tekak kan?
Sumber: Georgia P
Baca juga: “Nasib Sempat Merasa..”, Gerai Indomie Viral Tasik Titiwangsa Kena Sita Raih Perhatian Netizen