Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Mood Makan Bertukar Air Mata”, Wanita Mengandung Ini Sedih Bila Sup Ekor Yang Dibeli Tak Memuaskan. Mintak Sambal Pun Tak Bagi

“Mood Makan Bertukar Air Mata”, Wanita Mengandung Ini Sedih Bila Sup Ekor Yang Dibeli Tak Memuaskan. Mintak Sambal Pun Tak Bagi

Kategori:

Orang kata ibu mengandung ini hatinya lebih sensitif kerana berlakunya perubahan hormon. Mereka ini akan kerap merajuk dan apa yang lebih teruk lagi adalah hari-hari menangis dan sedih. Kalau tak dapat apa yang mereka idamkan, pasti menangis.

Lebih-lebih lagi jika apa yang mereka idamkan itu adalah makanan. Ibu mengandung ini kadangkala mereka akan mengidam makanan yang susah nak dapat. Kalau mudah dapat pun, tapi sekiranya makanan tersebut tidak seperti apa yang diimpikan pasti mereka akan kecewa dan sedih.

Seperti mana yang dikongsikan oleh Eyna Syasya II berkenaan dengan rasa sedih dan kecewanya gara-gara makanan yang diidamkan tidak seperti yang diharapkan. Mana tidaknya, dia telah memesan sup ekor namun sup tersebut hanya dipenuhi dengan taugeh sahaja. Ekornya pula hanya ada 3 ketul.

Tambah Eyna lagi, sup tersebut bukan sahaja berwarna hitam seperti kuah bihun sup namun sambal belacan yang dipesannya juga tiada. Menurut perkongsiannya, dia bukan tidak bersyukur namun perasaan kecewa waktu mengandung ini memang lain macam. Hanya yang memahami sahaja tahu apa yang dia rasakan.

Sup ekor penuh dengan taugeh je..

Hmmm, mood makan bertukar air mata. Pregnant kali ini sensitive part makanan. Kecewa tuhan je yang tahu. Order sup ekor, sekali nak makan sup ekor ni penuh dengan taugeh je. Ekor ada la 3 ketul. Sup pula hitam macam ni. Sebiji macam kuah untuk bihun sup. Minta sambal pun takde dia isi. Hmmm, meleleh air mata. Bukan tak bersyukur. Yang tahu je tahu rasa sedih tu macam mana. 

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi dari warganet. Rata-ratanya sangat memahami apa yang dilalui oleh Eyna ini. Dalam masa yang sama ada juga yang sempat berkongsi pengalaman yang hampir sama. Di mana dia mengidam makanan namun tak kesampaian. 

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen mengatakan sup tersebut adalah sup orang seberang. Kalau masakan Thai tiada tauge.

Didoakan semoga para ibu yang mengandung saat ini diberikan kesabaran dan kekuatan. Semoga juga setiap urusan harian dan bersalin nanti dipermudahkan. Buat tukang masak di luar sana pula, andai nampak atau lihat ibu mengandung ini datang ke gerai anda. Sediakanlah makanan yang terbaik untuk mereka ini ya.

Kredit: Eyna Syasya II

Baca juga: ‘Orang Ngidam Jangan Buat Main’ – Khairul Aming Tunai Hasrat Wanita Hamil Mengidam Dipuji

tags: | |