Kunafah merupakan pencuci mulut yang sangat dikenali dari negara Turki. Semakin viral di media sosial Malaysia, kini ia mudah didapati dan mudah dicari di mana-mana restoran. Ada juga yang mampu mencari rezeki sampingan dengan menjualnya.
Nampak sangat menarik dan menyelerakan, rakyat Malaysia berlumba-lumba untuk mencubanya. Namun ada juga yang tidak menggemari pencuci mulut tersebut. Mungkin tidak kena dengan selera atau si pembuatnya tidak tahu cara menyediakannya dengan baik, ada yang tak akan suka dengannya.
Terbaru, seorang wanita berasa kecewa serta menyesal setelah membeli Kunafah dari sebuah restoran. Terpikat bila melihat hidangan itu selalu sahaja di viralkan di media sosial, wanita itu terdetik untuk mencubanya.
Namun setelah dimakan, hidangan itu lebih indah khabar dari rupa. Tak cantik seperti yang di agungkan., rasanya juga tidak kena dengan selera wanita itu. Malah, dia turut menyamakan rasa kunafah itu dengan tahik hidung.
Kecewa membeli, pencuci mulut itu,dia juga tidak menyarankan orang ramai untuk mencuba hidangan itu.
https://www.tiktok.com/@tolomasin/video/7072589493643070747?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145
@tolomasinSiapa cakap sedap haritu meh bincang jap
Menjengah di ruangan komen di video yang telah dikongsikan di laman TikTok itu, tindakan wanita itu yang telah menyamakan makanan tersebut menerima beberapa teguran kerana telah menyamakannya dengan najis.
Mungkin tidak sesuai atau peniaga tersalah cara, ada yang pernah mencuba hidangan itu dan berasakan ia enak seperti yang terlihat di media sosial.
Walaupun makanan itu tidak menyelerakan, adalah kurang beradab apabila kita menyamakan rasanya dengan najis. Ini kerana ia merupakan rezeki dan ada ramai diluar sana yang ingin merasainya tapi tidak mampu.
Kredit: TikTok tolomasin
Baca Juga: Lupa Bawa Sudu & Garfu, Lelaki Ini Terpaksa Makan Pakai ‘Muka’ Isteri