Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Netizen Tinggalkan Komen Padu Bila Wanita Ini Mengadu Order Donut Viral Starbucks Tapi Dapat Lain

Netizen Tinggalkan Komen Padu Bila Wanita Ini Mengadu Order Donut Viral Starbucks Tapi Dapat Lain

Kategori:
donut viral starbucks

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, donut Starbucks cukup viral sehingga menyebabkan barista Starbucks di sesetengah tempat tidak menang tangan. Apa yang istimewanya donut tersebut sehingga ia menjadi kegilaan ramai?

Mungkin disebabkan rasa donut itu sendiri dan kepingan keju yang dimasukkan di tengah donut berkenaan. Sebelum kepingan keju berkenaan di masukkan, barista akan belah dua dahulu donut tersebut sebelum dimasukkan keju dan kemudian masukkan ke dalam microvawe pula.

Namun tidak semua barista yang tahu akan donut viral Starbucks ini. Ada juga segelintir barista yang tidak menonton TikTok dan mereka tidak mengetahui sama sekali akan menu tersebut.

Wanita ini kecewa order donut viral Starbucks tapi lain yang dapat

Seperti mana yang dikongsikan oleh nmizah menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan rasa kecewanya apabila dia memesan donut viral namun yang sampai kepadanya lain pula. Apa yang barista Starbucks sediakan adalah donut yang diletakkan cheese di atasnya.

Malah di dalam video berkenaan dia juga sempat berkongsi donut yang diimpikan dengan donut yang realitinya. Pasti ianya adalah satu kekecewaan yang tidak dapat diungkapkan.

@nmizah Keciwa hrini, order lain dpt lain ☹️ #fypシ゚ #foryoupage #MyFoodie #tiktokmalaysia #starbucks ♬ Che La Luna – Louis Prima

So kena specific cakap nak potong donut belah dua…

Menjengah ke ruangan komen, para netizen sempat meninggalkan komen yang agak padu di mana ada yang menasihati wanita ini agar memberitahu lebih terperinci berkenaan dengan kemahuan kita kerana yang viral ini tiada dalam menu Starbucks.

Jangan la viralkan, kesian barista..

Dalam masa yang sama ada juga yang menasihati wanita ini agar tidak menviralkan isu ini. Katanya kesian kepada barista. Kadangkala budak f&b ini memang penat kerja. Diaorang boleh kena buang memandangkan Starbucks sangat strict.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan kadangkala ada barista yang katanya tahu sewaktu membuat pesanan namun apabila pesanan siap lain pula kejadiannya.

Jadi buat korang yang ingin mencuba donut viral Starbucks ini, pastikan sewaktu membuat pesanan korang nyatakan dahulu satu-satu andai kata Starbucks berkenaan tidak pernah mendapat pesanan sebegitu.

Korang jangan ingat yang para barista ini sudah tahu apa isu yang viral. Kesibukan mereka menyediakan makanan kepada pelanggan menyebabkan mereka tidak sempat untuk menonton video TikTok dan sebaliknya.

Jadikan video ini pengajaran kepada kita semua dan jangan sesekali salahkan mana-mana pihak, sama ada pemilik video ini mahu pun pihak barista.

Sumber: TikTok nmizah

Baca juga: Bekas Pekerja Starbucks Kongsi Cara Bancuh Air Nescafe Yang Betul-Betul Kaw! Sedap Dia Lain Macam, Bikin Ketagih

tags: | |