Anak-anak merupakan penyejuk hati para ibu bapa, tanpa anak-anak pastinya kehidupan rumahtangga terasa tidak lengkap. Setiap pasangan berkahwin pastinya ingin memiliki cahaya mata dan keturunan.
Sehingga ada yang sanggup melakukan segala macam cara seperti bayi tabung uji dan sebagainya demi mendapat zuriat sebagai penyambung generasi. Apabila anak-anak sudah selamat dilahirkan, para ibu bapa akan menjaga mereka sebaik mungkin.
Satu ekor nyamuk pun tidak dibiarkan untuk mengigit anak kesayangan. Belum lagi bab pemakanan dan pakaian. Pastinya para ibu bapa bakal menyediakan kelengkapan yang terbaik untuk anak-anak.
Anak atau si kecil ini bukan sahaja penyejuk mata namun mereka juga adalah punca para ibu bapa dimurahkan rezeki. Disebabkan oleh itu, ramai yang kata, kalau ada anak-anak ramai tak payah risau soal rezeki mereka, masing-masing ada rezekinya.
Jadi asuhlah anak, sayangilah anak dan didik mereka sebaik mungkin. Semoga menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. Namun sungguh menyedihkan apabila ada ibu yang berhati binatang mendera dan berkasar terhadap anaknya sendiri.
Seperti mana video yang dikongsikan oleh AQIEL menerusi akaun TikTok berkenaan dengan kelakuan jahat seorang ibu terhadap anaknya ketika makan. Sungguh tidak sangka, bahawa seorang ibu sanggup melakukan hal terkutuk itu kepada anaknya.
Tidak dapat diketahui dengan tepat apakah status ibu berkenaan dan anak ini, namun apa yang dapat dilihat menerusi video tersebut sungguh menyedihkan. Sanggup seorang ibu atau insan dewasa yang tampak sihat memaksa anak kecil makan dan memukul dengan batang penyapu.
Malah sempat dilihat juga, wanita berkenaan mencekik tekak anaknya dan memaksa anaknya itu menelan makanan yang dimakan. Dia kemudiannya dilihat memukul adik yang menangis itu dengan batang penyapu pada bahagian lengan dan dahi berkali-kali.
Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah, wanita tua dihadapan adik dan ibu tersebut hanya melihat sahaja. Seolah-olah tiada perasaan apabila si kecil dilakukan sedemikian rupa.
https://www.tiktok.com/@theaqil7/video/7122976326138596635?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
@theaqil7⚠️CHILD ABUSE⚠️ tolong gunakan kuasa korang !!!♬ original sound – AQIEL
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga Tiktok yang menonton video berkenaan. Selain ada yang menyamakan ibu berkenaan dengan Siti Bainun ada juga yang menyatakan, rumah orang kaya selalu macam ni.
Tidak kurang juga ada yang terkejut melihat si ibu tersebut melakukan kekerasan sedemikian rupa kepada si kecil. Ada juga yang menulis, mak-mak memang pantang anak-anak tak nak makan tapi jangan lah nak pukul sampai tinggalkan kesan.
Tak sangka kan kenapa seorang insan yang bergelar ibu atau wanita sanggup melakukan kekerasan sedemikian rupa kepada anak kecil yang tidak berdosa. Ya, kalau pun benar anak-anak susah nak makan tetapi janganlah memukul sedemikian rupa.
Sumber: TikTok AQIEL
Baca juga: Lelaki Kongsi Video Masak Ular Python Besar, Ada Yang Komen Rasanya Kalah McDonald’s & KFC