KFC merupakan restoran makanan segera antarabangsa yang sangat terkenal di serata dunia. Di Malaysia, popularitinya tak pernah lupuk dan meskipun sudah banyak tahun berlalu semenjak ia membuka cawangan pertamanya, restoran tersebut itu masih lagi berdiri dengan penuh megah.
Namun ramai pihak luah rasa tidak puas hati dengan saiz ayam dari restoran itu baru-baru ini. Terlalu kecil, mereka menggesa supaya pihak bertanggungjawab menambahbaik kualiti makanan mereka.
Tapi buat seorang wanita fazlinapauzi95, lain pula pengalamannnya. Oleh kerana kelaparan, dia, telah memesan sekotak hidangan dari KFC menerusi aplikasi ShopeeFood.
Menanti dengan penuh sabar, wanita itu dimaklumkan bahawa makanannya telah tiba. Tanpa membuang masa, dia terus mendapatkannya dan membayar makanan dan minuman yang telah dipesan.
Selepas membuka kotak makanan tersebut, dia berasa terkejut apabila melihat saiz ayam yang diberikan oleh pihak KFC. Dalam ruangan nota, dia bukan sahaja meminta pihak restoran menukarkan coleslaw dengan whipped potato tapi juga ayam yang bersaiz besar supaya puas memakannya.
Tak sangka pihak restoran menunaikan permintaan tersebut, wanita itu berasa kagum apabila melihat saiz ayam yang diberi. Jelas dia sangat berpuas hati dengan perkara itu.
@fazlinapauzi95 perghh besar betul ayam kfc harini. terbaik kfc genting kelang ❤️❤️❤️ makkk loveee #kfc #fyp #gentingkelang
@fazlinapauzi95 perghh besar betul ayam kfc harini. terbaik kfc genting kelang ❤️❤️❤️ makkk loveee #kfc #fyp #gentingkelang ♬ original sound – cintaHati❤
Sebagai sebuah perniagaan, ada kalanya berlaku kesilapan yang tidak dapat dielakkan namun jelas pihak KFC sedang mencuba sedaya upaya untuk membaiki kekurangan mereka demi memastikan pelanggan berpuas hati dengan kualiti makanan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Syabas pihak KFC, semoga terus dapat memberi yang terbaik buat para pelanggan!
Kredit: fazlinapauzi95
Baca Juga: Niat Nak Masuk Top 10 Tak Capai, Peserta Ini Kalah Pertandingan Hias Bento Gara-Gara Silap Juri