Prank adalah perkara yang dibuat dan dilakukan sebagai gurauan. Ia adalah perbuatan yang kelakar dan mencuit hati. Tetapi harus diingatkan, mengenakan prank jangan sampai melebihi batas dan had seseorang. Jika ia dibuat sekadar gurauan, ia boleh mengeratkan hubungan dengan lawak dan jenaka yang diberikan dan akan dikenang.
Seperti sebuah perkongsian seorang wanita yang mengenakan prank terhadap teman lelakinya, reaksi mereka mencuit hati orang ramai yang menonton video tersebut.
Video yang dikongsi di TikTok berkenaan mendapat sambutan hingga meraih 129 lebih ribu tanda suka dengan 2 ribu lebih komen-komen yang terhibur dengan kisah prank teman lelaki berkenaan.
Wanita berkenaan menyediakan coklat bawang kepada teman lelakinya untuk memakan dan melihat reaksi dia.
“Prank, buat coklat bawang untuk bf. Harap dia tak berdendam lah lepas ni,” katanya dalam keterangan video prank teman lelaki tersebut.
Dalam perkongsian itu, dia memberi coklat bawang kepada teman lelakinya dengan menyatakan ia sebagai coklat ball. Lalu, teman lelakinya memakannya dengan perasaan teruja sebelum menggigit bawang berkenaan.
“I punya coklat ball. Awak kan dah lama tak makan. Haritu kan minta. So, I buatkan lagi untuk awak yang baru,” kata wanita tersebut semasa menyerahkan coklat bawang tersebut.
@zairulaffan Harap dia tak berdendam lah lepas ni hahaha 🤣
@jaiinanaaHarap dia tak berdendam lah lepas ni hahaha 🤣♬ original sound – J&N.co – Jai & Nana
Meninjau ruangan komen, ramai netizen terhibur sama dan merancang ingin membuat prank serupa kepada pasangan masing-masing.
“Boleh putus terus kalau macam ni, tapi aku nak putus dengan siapa?”, komen seorang netizen bernama Kuys.
“Nak try lah dengan suami kejap lagi,” tulis netizen lain bernama Putnis yang ingin mencuba cara prank teman lelaki tersebut.
“Tunang aku tak makan bawang. Thank you tip,” kata Amirul Syafiq.
Aduh, Min pun terhibur dengan gelagat mereka. Prank sebegini terkadang mengeratkan hubungan dengan lawak dan jenaka sebagai memori kan? Nanti Min nak buat dekat teman Min pula.
Sumber: Jai & Nana